Ini menu minum petang kelmarin jangan minta ye...:) Seisi rumah ni semua suka makan kuih ni.Ini adalah salah satu kuih yang glamour dijepun ni. Sebenarnya acuan kuih ni papa hadiahkan tahun lepas. Jadi memang selalu buat hanya tak sempat-sempat nak poskan resepinya disini sebab selalu tak sempat bergambar pun. Ni pun ketepikan 3 ekor ikan untuk bergambar sebelum masuk mulut kanak-kanak dan mama papa rumah ni. Pelbagai resepi dah cuba untuk dapat yang betul2 ranggup diluar dan lembut didalam. Rasannya resepi ini ok. Boleh cuba lagi sebenarnya resepi yang lain untuk dapat yang betul2 puas hati. Untuk kuih ikan ni boleh pelbagaikan intinya tapi ita selalu buat coklat atau inti kacang merah je. resepi ini ita ambil disini dan telah di alih bahasakan.
Taiyaki
bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 tsp. baking soda
1/2 tsp. garam
3 Tbsp. gula
3 telur
1-1/2 cwn susu
4 Tbsp. mentega, dicairkan
1 cup tsubushian or koshian- pes kacang merah
vegetable oil
chocolate chips, optional
cara-cara.
Panaskan acuan. sambil itu gaulkan semua bahan-bahan kering kecuali pes kacang merah. Didalam bekas yang lain pukul dan gaulkan telur, mentega dan susu. Kemudian masukkan bahan kering ke dalam adunan susu tadi dan dipukul. Setelah nampak sebati boleh la di masukkan ke dalam acuan tadi mengikut kesesuaian acuan. masukkan pes kacang merah ditengah2 dan letak sedikit lagi adunan. Tutup acuan dan tunggu hingga ia masak ke perangan.
sedap namapk kuih jepun ni..adakah ia macam apam juga?..
kak ayu.. dia macam waffle kt tapi ada inti
ika.. huhuuhu.. anak2 akak suka sebab gambar ikan rasanya pun sedap.. tu yang suka.. hihiihihi.. memang ada bau telur sikit tapi letak esen vanilla banyak2
saliza.. Cuba la bust ita dah dua tiga kali cuba resepi yg ni ok rasanya.. Leh cuba yg lain lagi nanti