21 May 2011

Selamat hari jadi Fateh





Salam semua dah 2 hari tak jenguk blog ni, tuan rumah agak sibuk sikit dgn urusan anak-anak dan rumah tangga sambil ada cuba sesuatu yg baru dan nanti ita share disini. Semalam 21/5 genap umur Fateh 3 tahun. Selamat hari jadi Fateh. Jadi hari sebelum tu agak busy kononnya buatkan kek fateh walaupun buat kek coklat je. Bukan tak nak buat kek lain tapi Fateh amat suka kek coklat jadi ita tak nak cuba kek lain takut dia tak makan.. Lagipun harini hari special untuk dia jadi ita buatkan kek kegemaran Fateh.


Hari kedua selepas dilahirkan

Alhamdulillah diberi peluang untuk mengasuh Fateh dgn tangan sendiri 24 jam sehari diJepun ni. Fateh agak beruntung kerana sejak dia lahir ita hanya hantar pada orang untuk jaga sewaktu ita bekerja 2 bulan je sebelum ita datang ke Jepun. Ita juga berkesempatan memberi susu badan kepada fateh secara penuh sehingga 6 bulan sebelum dia makan makanan pejal dan meneruskan susu badan tanpa campur susu lain hingga 2 tahun 8 bulan. Ikutkan Fateh tak mahu berhenti lagi susu badan tapi ita cuba juga berhentikan walaupun pada mulanya susah juga nak berhentikan. Walaupun Fateh dah berumur 3 tahun dia belum lancar lagi bercakap. Dia lebih gemar bercakap dalam bahasa Inggeris dari bahasa melayu dan semua arahan2 pendek dia akan cakap dalam bahasa inggeris dengan ita. Gambatte ne Fateh kun.. Mama akan sentiasa mendoakan untuk Fateh dan Mama akan ajar Fateh sedaya mama dan Moga Allah memakbulkan setiap doa yang baik dari mama untuk fateh.


fateh umur sebulan

Alhamdulillah disebabkan fateh suka dengan aplikasi yang di Starfall sekarang fateh dah boleh membaca dan kadang2 bila ajar kakak membaca, ajar juga fateh sekali walaupun tak dapat perhatian 100%. Kebanyakkan ayat2 pendek dia boleh baca tapi yang dalam bahasa inggeris la. Dalam bahasa melayu masih perlu diperhatikan. Walaupun ada suara-suara yang compare kenapa fateh belum boleh bercakap dengan baik lagi namun doa mama sentiasa dengan Fateh dan mama yang 24 jam dengan fateh nampak setiap perkembangan Fateh dan faham apa yang fateh sampaikan walaupun dengan ayat yang pendek.


Fateh 8 bulan


Terima kasih juga buat Miss Ennie speech therapy Fateh yang banyak bantu dan tunjuk ajar mama dalam mengajar Fateh dirumah. Fateh juga suka sangat panggil mama dengan panggilan yang manja dan setiap hari tak lupa untuk cium mama dan papa sambil cakap sayang mama, sayang papa. Rasa sejuk sangat hati setiap kali dia kata begitu. Dari Fateh lahir hingga sekarang setiap kali merenung mata Fateh yang redup merasakan rasa syukur yang tak terhingga kerana diberi peluang untuk menjadi mama buat fateh dan Fathnin. Ita bukan jenis orang yang senang waktu mengandung banyak alahan dan pengalaman yang men"debarkan" waktu mengandung. Mama juga diberi peluang mengajar dan mengasuh anak sendiri 24 jam sehari sewaktu diJepun ini rasa amat puas kerana jika diMalaysia mama terpaksa hantar anak-anak di Taska sewaktu mama berkerja. Pengalaman ini mengajar mama akan erti sabar, kreatif dan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa halus dan sucinya hati kanak-kanak yang perlu didekati dan dicorakkan. Moga allah sentiasa memberi semangat dan kekuatan untuk mama dalam menjaga anak-anak. Teremosi plak menulis.. :) sebab tak dapat nak digambarkan betapa sayangnya mama pada Fateh dan Fathnin.


Fateh 1 tahun 10 bulan

Sempena harijadi fateh mama doakan moga Fateh akan jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, sihat, cemerlang, bijak berkata-kata, mengikut perintah Allah dan mama dan papa, panjang umur serta semua kebaikan utuk Fateh kerana kami menamakan Muhammad Fateh disebabkan kekaguman dengan kisah pemerintah Sultan Muhammad Al Fateh.


fateh 3 tahun

13 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    hepi bufday fateh sekali imbas macam muka anak k.nat...kawaii :))...bila la ada rezeki nk jumpa ek!
    kurus said...
    eppy buffday buat fateh .. cumeinyaaa putih melepak .. :) semoga jadi anak yg soleh auuu .. sdapp nampak kek tuu :))
    cucu nenek di liverpool said...
    Selamat hari Lahir fateh, moga doa mama dimakbulkan. Amiin
    Kamalia said...
    happy belated birthday Fateh..smoga mnjadi ank yg soleh,mnjadi penyejuk mata buat mama dan papa ye..
    p/s:sy pun suka nama fateh..teringat cerita sultan muhammad al-fateh tu..
    Idayu said...
    omedetou fateh handsome!

    ita hantar fateh speech training ker? kat mna ek?
    aitotyati said...
    salam,

    Fateh, selamat hari lahir ke-3 ye.
    semoga jadi anak soleh.


    buat kak ita,
    akak jgn risau ye. Insyaallah Fateh akan lancar bercakap. anak buah saya pun dulu gtu. lambat bercakap. umur 4tahun baru pandai bercakap. sekali dia bercakap, masyaallah tidak terlayan. lepas tu macam2 dia tanya.

    :D
    IDA said...
    happy birthday fateh.Auntie doakan semua yg terbaik utk fateh ye :-)
    mizz-siti said...
    Selamat Hari Jadi Fateh...semoga menjadi anak yang soleh..
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu.. ramai juga yang kata macam tu..muka mcm muka lukman anak kak nad

    thank kak ieda.. kek coklat je kak
    Juwita Jamaludin said...
    kak pi.. ye kak.. thanks moga dimakbulkan

    kamalia.. tula nak letak Al ustaz tu kata takut berat buat fateh
    Juwita Jamaludin said...
    kak ayu.. haritu hantar kat msia.. sekarang ni kami masih berhubung secara maya je.. sebenarnya dia kawan kakak... saja bagi tunjuk ajar

    thanks ti.. tula harapnya.. moga fateh cepat cakap
    Juwita Jamaludin said...
    ida.. thanks ida.. sama dengan awak juga ye

    acu.. thanks ye..
    Anonymous said...
    otanjyoubi fateh!!

    comelnye fatehhhh..putih melepak..geram

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG