17 March 2010

Donut


Donut ni kiranya tiap-tiap minggu kena buat. Sebab fathnin suka sangat makan donut. Tapi donut fathnin mesti ada coklat dan biji-biji yang berwarna warni tu.. kalau tak dia tak berapa suka.. Adik Fateh pun suka juga donut coklat.. tapi abaikan sapuan coklat yang comot tu ye..so try guna water roux untuk buat donut ni sebab ada lebih water roux buat roti kelmarin.. untuk resepi water roux ni boleh pergi ke blog mamafami.. thanks mamafami.. so resepi donut ni ita edit sikit untuk tatapan mata ita supaya senang kemudian hari.. resepi yang dah biasa ita guna boleh lihat disini

Bahan-bahan
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
40 g water roux
100ml susu segar
20g butter ( ita guna shorterning lebih gebu)
minyak masak untuk menggoreng
coklat bar
kacang atau manik hiasan

Cara-cara
*ita guna home bakery so pilih menu dough.
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. ( kalau tak sabar tak buat step yang ni pun ok)
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
11. coklat bar dan susu satu susu di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair.
12. Letakkan coklat dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.

2 Comments:

  1. Idayu said...
    wah berwarna warninya donut...akk dh tahu hotel ita tuh kt mna. hotel tuh dkt dgn nagaoka eki. senang la kalu ita sampai terus check in. husband ita ada kwn ker kat sni? course apa ek husbd ita?
    Juwita Jamaludin said...
    thanks kak ayu.. baru sempat nak balas.. hihhiih

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG