03 March 2010

Potato Croquette


Buat untuk tarik anak-anak makan banyak.. tapi lastnya mak yang makan banyak ... sedap potato croquette selalu ita buat yang biasa hari ni saja tambah cheese untuk rasa lemak-lemak.. so resepi ni ita dah edit sikit ikut selera ita. Resepi asal dari kak yani myresepi..

Bahan-bahan
  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang- ita guna daging ayam cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • sedikit cheese- ita guna parutan cheese mozarella
  • daun bawang dipotong halus
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.masukkan juga daun bawang.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati dan tambahkan cheese.
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh.



2 Comments:

  1. Idayu said...
    akk penah buat, tp x tambah cheese. pas nih nk try yg tambah cheese plak la..
    ooo nk dtg sni yea? jln2 ker? tmpat menarik x bnyk or akk yg tatau he3x..tp kalu nk pgi main snow, bole pgi echigo hillside park, dekat jer dgn uni..bole main mcm2,mmg famous wkt2 snow nih.dibuka free until 31 mac if x silap la.

    brapa hr kat sni? stay kat mna? kalu akk free time tuh, bole ler dtg umh.nih ym akk, khaleedafareeha@yahoo.com, fb:ruhiana idayu abd hamid, tp jrg bukak fb la..akk prefer ym, add la yea..
    Juwita Jamaludin said...
    kak ayu.. cuba la nanti tula suami ada conference sebenarnya.. tapi tak tahu masa dia free bila.. dekat ke nak main snow tu.. dari uni tu jauh tak kak naik bas berapa lama... tula kalau free leh juga datang rumah akak ita duk hotel nanti ita tanya suami apa nama hotel tu.. nanti ita add ym akak ye

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG