Salam semua... sudah lebih seminggu tidak meng"update" blog.. mana tak nya tuan rumah ni kalau nak berjalan-jalan atau ada kerja yang nak dilakukan tak berkemas la blog ni. Kami sekeluarga baru balik dari mengikut suami ita menghadiri conference di Nagaoka, jepun. Nagaoka dengan Yokohama agak jauh juga disebabkan yokohama di sebelah timur dan nagaoka di bahagian barat jepun..kami ke sana menaiki shinkasen mngambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit dan tiket pergi balik lebih kurang 16 ribu yen seorang bagi tempat duduk reserve. Shinkansen ini adalah keretapi laju dijepun dan ini adalah pengalaman yang pertama ita menaiki Shinkansen.
secara peribadi Nagaoka adalah bandar yang aman, jauh dari kebisingan kota dan mudah juga sebab semua supermarket yang besar2 ada disitu.. selain permandangan bukit2 yang cantik tambahan sewaktu kami datang salji masih bersisa. Dengan kos sara hidup yang agak rendah berbanding kehidupan kami di Yokohama, rata-rata rakyat Malaysia di Nagaoka berkenderaan tidak seperti kami di Yokohama hanya family yang berkerja sahaja yang mampu menggunakan kereta.
Di Nagaoka,rakyat malaysia ada lebih kurang 100 orang termasuk kanak-kanak.. ini dari info kak ayu..ramaikan.. berbanding kami di Yokohama university yang hanya 4 family dan 5 adik ijazah( bilangan ini hanya untuk pelajar universiti sahaja). ita ada kenalan sebelum ke sana kak ayu namanya..ita berkenalan di blog je.. itu la kelebihan berkawan di alam maya bila bersua rasa tak janggal dan seperti lama dah kenal.. Kak ayu dan suami abang sufian banyak membantu kami disana.Kak ayu dan keluarga meluangkan masa menjemput ita untuk menjamu kami makan dan membawa kami jalan2 sekitar Nagaoka kalau tak susah untuk ita dan family berjalan2 sebab tidak biasa dengan kawasan tersebut.
Selain itu kami juga sempat berkenalan dengan abang syukri dan keluarga serta 3 orang adik Ann, Umi dan alifah sewaktu disana. kebaikan dan layanan kawan-kawan diNagaoka amat kami hargai dan adakah kami mampu membalas layanan yang sama jika kalian ke Yokohama nanti.Terima kasih banyak-banyak ye dan jemput la keYokohama..
Labels: tempat dilawati
bl tgk gmbr2 ita ni...rindunyerrrr kat nihon.