09 November 2009

Donut salut mentega kacang



Fathnin suka sangat donut. kalau makan tiap hari pun tak pe. Jadi bagi dia makan banyak ita buatkan donut untuk dia. kali ni hanya tukar topping je. guna mentega kacang. sedap sebab rasa lemak2 kacang.. resepi dari blog kak hana resepi asal dari cookpad.

Bahan-bahan
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter ( ita guna shorterning lebih gebu)
minyak masak untuk menggoreng
coklat bar
sedikit kacang kisar

Cara-cara
*ita guna home bakery so pilih menu dough.
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. ( kalau tak sabar tak buat step yang ni pun ok)
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
11. Peanut butter di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair.
12. celurkan peanut butter dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.

8 Comments:

  1. Azura Suhaimi said...
    Salam rindu ta, keluar juga akhirnya dia...bz ye?
    Chik Mi said...
    Itaaaaaa ari yg sama kita hapdet ye hihihiihi ita sihat? chik pun sukeee ngan donut tu santek ler
    Watierman said...
    Salam Ita..Wah Akakk winduuunya...lama yer Ita senyap....lepas raya kan??? Wah..donut mentega kacang...yummmy...tapi anak2 akak tak berapa suka peanut butter ni...pelik kan!
    Juwita Jamaludin said...
    to zura.. tak la busy mana.. rutin harian je.. tp tah la mood kurang nak update

    to kak mimi.. ita sihat kak.. wah sama.. tula moga kita terus rajin ye kak

    kak watie.. rindu gak.. yela masing2 kak tentu ada benda lain yg anak akak suka tu
    blogresipi said...
    Salam kak ita... lama tak menjenguk akak ni... akak sihat?
    LyanaSyaZam said...
    emmm...sedapnyer ita donut tu...ada lg x,akak terlambat sikit datang umah ita,terlepas kapal terbang la...
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan akak sihat..

    to kak lyana.. hihihhi tula lain kali check in cepat2 tau.. dah abis la kak
    mizz-siti said...
    ita, achu ambik resipi ita ni & try buat ari sabtu aritu...senang buatnya & sedap pulak tu...tak sia-sia tau dok jengah dapur ita ni..thanks ye..mintak izin nak share resipi ni ye...

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG