28 March 2010

Kek Kukus Velvet Hawflakes

Kek yang dah lama buat tapi baru nak letak resepi disini untuk rujukan akan datang. First time buat kek lapis. Buat pun sebab tengok tergolek2 hawflakes dalam peti sejuk tu tak makan. Baik cuba resepi kek lapis ni. Tapi disebabkan loyang kukus itu tu kecil dapat sikit je la sebab ita pun buat 1/2 adunan.. bukan apa first time takut tak jadi nanti sayang plak.. Alhamdulilah memenuhi citarasa, sedap kek ni... resepi ni ita ikut dari blog kak ummi.. thanks kak .. resepi asal dari kak Fida MYR.. tapi tengok la warna kek tu tak betul susunannya.. hihihhi sebab terlupa lepas tu warna apa.. pakai bubuh je...

Bahan:- ( loyang bulat 8 inci)
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus
  • 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil rata baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

6 Comments:

  1. Idayu said...
    wah cantiknya kek, w/pon salah susunan color ttp cantik..nak buat, nak buat!
    Kak Noorma said...
    drpd akak mengandung, sampai ler lepas bersalin, tak kesampaian lagi nk buat kek ni..tiap kali beli hawflakes ada jer mahluk dalam rumah ni yg makan..
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ayu.. ita pun saja try resepi kak .. sedap kek ni.. ita suka cuba la...

    to kak noorma.. tak pe leh cuba lepas ni.. beli hawflakes banyak sikit kalau tak abis kena mkn nanti
    TotYati said...
    salam kak ita,

    ni kek fevret saya ni. nanti klu akak dah blk m'sia sy nak beli dr akaklah... aci tak? hehehehet
    MamaFaMi said...
    Haw Flakes dah berzaman mama beli, tapi ianya tetap serupa tu, dalam plastik yang sama masa bawak balik dari kedai... lom gak ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain... huhuhu.. jangan kawan tu merajuk, terus dia expired, sudahlah!

    p/s : Oh, Juwita cikgu Sek Teknik Melaka ye? Sekolah kesayangan mama tu.... :D
    Juwita Jamaludin said...
    to yati.. nak beli.. lawak la ko ni.. akak ni dapat makan untuk family pun dah bagus ti.. belajar2 masak duk perantauan ni.. dapat diteruskan di Malaysia bahagia sangat..

    to mama fami.. baik buat sesuatu sebelum ia merajuk mama..

    ye ita cikgu kat situ.. 4 tahun ita ngajar situ sebelum ke japan.. seronok ngajar situ..

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG