05 June 2012

Tulip Spring 2012


Salam semua. Alhamdulillah telah masuk hari kedua dalam minggu ini. Moga minggu ini kita akan bertambah baik dari segala segi dari minggu-minggu sebelumnya. Hari ini ita saja check SD card dalam kamera ni banyaknya gambar yang tidak dikongsikan disini. Hanya terperam didalam kamera sahaja. Rasa sayang sangat jika tidak dikongsikan disini. Rasanya bila balik Malaysia nanti bila rindu jepun boleh tengok gambar-gambar ni semua. Lagi pun ita rasa boleh juga bagi idea bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk dilawati dijepun ni.




Ita dan bunga memang tak boleh dipisahkan.. walaupun tak la pandai tanam bunga sebab tak pandai jaga tapi bila jumpa bunga memang sangat teruja. Suami pun tahu perangai ita ni. Jadi musim bunga dijepun ni memang ita tunggu hanya nak pergi banyak tempat bunga tu tak boleh lah sebab kekangan masa dan ada yang jauh juga dari tempat ita ni. Disebabkan tulip adalah salah satu bunga kegemaran ita jadi ita ajak suami ke Sakura Furosato Square,Chiba untuk pergi ke ladang tulip disana.



Melangkah sahaja di ladang ini rasa macam pergi ke Holand. Walaupun waktu ita pergi tu dah hujung musim tulip ni namun sempat la juga kami sekeluarga merasai kecantikkan dan keunikan taman ini. Bagi ita cantik sangat permandangan disini. bagi yang ingin ke sini boleh lihat di link ini. Dijepun musim ini hanya ada pada awal bulan april hinggalah awal bulan mei. Bagi taman ini masuk percuma hanya bagi yang ingin membawa balik bunga disediakan satu kawasan untuk memetik bunga ni. kalau tak silap 1000 yen seorang bayarannya.
Jom kita lihat sebahagian gambar yang ita kongsikan untuk tatapan bersama.





Gula kapas..

pintu masuk




17 Comments:

  1. yatie chomeyl said...
    cantiknya taman ni kak ita...dh macam houis ten bosch kat nagasaki ni
    che mid said...
    emmm.. sangat cantik dan mendamaikan.. model-modelnya pun manis dan comel..
    FnF Simple Life said...
    Ni dekat Narita dah dekat Chiba dah...Ita tak singgah minum kopi kat rumah saya...haish merajuk nih...

    acah je laaa...act tempat ni FnF pergi tahun 2010...berpiknik sakan ramai2 dengan geng Chiba dai...memang best tulip kat sini kan... dekat area ni jugak ada 1 tempat makan yg hanya serve nasik ngn unagi bakar sahaja...sedap sgt... siap siang belut depan kedai... kalau pergi area naritasan kena singgah makan kat situ...sure teringat2 kesedapan unagi bakar dia
    Qasey Honey said...
    cantik2 gmbo tu semua...mendamaikan tgk bunga2 tu...QH pon suka jugak bunga hidup gitu bbanding bunga hiasan palsu tu..hihi
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    rindu ngan tulip *tetiba plak ngeee*
    akak cepat upload pic ke koen kat tochigi tue x sabaq nk tgk ni
    sabar dubai said...
    kirei ne kak ita...rindu sgt222 nk tgk tulip..tahun masih lg di dubai..tp harap2 dpt turun ke nihon nk nikmati sakura....plan ajela....tp kompem habuk pon tarak kak ita.hehe
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    Cantik sangat2!! bila Ita tonjolkan bunga2 tulip tu semua mak aii suka bukan main k.ct ni hehehe.

    memang betul Ita k.ct pun suka dengan bunga, tapi kalau tanam pokok bunga pasti lambat nak tumbuh hahaha

    Kalau gula kapas kat sini bungkus dalam plastik jernih, anak2 nak makan kurang sikit, tapi kat sana bungkusannya menarik minat anak2 kan :)
    Mamasya said...
    Salam Ita.cantik bunga2 tulip tu...sukanya tengok.mmg tak puas ambil gambar bunga2 ni....semua cantik.
    K.Nor said...
    ita, nak tulip kuning tu 3 doz ya.. post tau hehee
    ummiaisyah said...
    salam ukhwah ita...tahniah blog ita masuk majalah...mmg cantik gamba kt sini dan sentuhan ita mmg kretif !
    Nuwairani said...
    cantiknya! kat hokkaido pon ada tulip park yng macam ni. cantik sgt! rasa mcm ada kat holand. siap dgn kipas2nya tu.ke org panggil ape. heheh
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    salam ita..
    cantiknyerrr.. samalah dgn akak bunga mmg takleh dipisahkan.. hehe.. dulu2 mmg suka tanam bunga masa menyewa.. but now sejak2 dok apartment & masa yg terbatas dah tak dpt nak teruskan hobi tanam bunga...
    Shahriah Abdullah Novelis said...
    As'Kum Juita wahhh bestnya.. di kelilingi dengan bunga2an tulip tu.. kat sini mahal tau hehhee...

    masa dok jepun tu lah nak abadikan gambar2 yang menarik tu kan.. kenangan manis di perantauan...

    Wahh ada cotton candy cutenya!hehee

    terima kasih kerana berkongsi yaa...
    quinnie said...
    bestnya jalan2 tengok bunga..saya suka bunga....kalau boleh rasa nak baring je atara bunga2 tu...hehehhe
    kurus said...
    cantknyaa dikkk
    suke tgk tulip2 nie awesome !
    Nur-nba said...
    Subhanallah.. cantiknya bunga2 ni.. Kak Juwita, Nur suka sangat... Bertuah akak... Kalau Nur yang ada kat sana, tentu tak nak balik..

    Suka melihat wajah akak dan anak2..Seperti kata Che Mid,.. model2nya pun manis & comel.. :) :)
    Ibu Lala said...
    hii salam ziarah. wah bestnye dok kat jepun...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG