Kami di Nagaoka dari 21-24 mac tempohari. Kami pergi pun disebabkan papa ada present paper di conference. Present paper ni adalah salah satu syarat untuk Phd papa.. pada mula papa tak janji nak bawa kami ke Nagaoka tapi bila paper diterima papa tukar fikiran untuk bawa kami sekali disebabkan bila lagi nak bawa kami jalan2 luar Yokohama.. seronok sangat dapat tengok tempat orang terima kasih papa..
Untuk ke Nagaoka kami pergi menaiki Shinkansen. Shinkansen ni ada macam2 jenis sebnarnya untuk ke Nagaoka kami menaiki jenis Toki. Seronok naik shinkansen ni cepat sampai dan rasa macam naik kapal terbang sebenarnya. Waktu dalam shinkansen tu kami lalu satu kawasan iaitu Echigo - yuzawa.. kat situ tempat orang main ski masih ramai lagi yang main dan salji masih lebat turun.
Sampai je di Nagaoka kami terus ke hotel ditemani adik umi dan alifah.. kami menginap di hotel Hokke club. Selesa sangat bilik di hotelnya mana tak nya sewa agak mahal juga iaitu 12 ribu yen bagi satu malam.
Sepanjang papa pergi conference kami jalan2 dikawasan station nagaoka tu je sebab hotel tu di kawasan station tu jadi sempat juga la cuci-cuci mata di situ. Papa present paper di Nagaoka university of Technology jauh juga dari hotel tu lebih kurang 20 minit kalau tak silap. Habis je papa present paper abang sufian suami kak ayu bawa papa dan Aliza ke rumah kak Ayu. ita memang dah ada dirumah kak Ayu sebab sebelum tu kak Ayu dah ambil ita di hotel dan bawa anak2 main di tempat permainan. tak de gambar nak letak sini sebab papa bawa kamera ke conference.
Esoknya sebelum balik kak ayu dan keluarga bawa kami jalan2 Nagaoka.. disebabkan kami ni teringin nak main ski jadi kami nak pergi echigo hill park. Tapi malang sikit sebab salji semua dah cair jadi tak dapat la nak main ski tu..
setelah habis jalan2 kawasan park tu kak ayu bawa kami di tepi laut iaitu teradomari pasar ikan. Banyak sangat ikan dan ketam yang murah disini. Yang best ketam besar murah2 disini. ita tak beli sebab susah nak bawa naik shinkansen nanti. jadi makan kat situ je la ikan bakar yang dijual. Bukan main sejuk sebab angin laut menderu2.
Sebelum kami ke nagaoka station untuk balik kak ayu tumpang solat di halal house. sempat la juga ita beli beberapa air untuk ita minum didalam shinkansen nanti. Jam 645 petang kami meninggalkan nagaoka.
Labels: tempat dilawati