31 March 2010

Strawberry Daifuku


Cuba buat kuih jepun pula.. Kuih ni Ros jintanmanis yang promote untuk makan hari tu.. sejak tu kalau jumpa kat supermarket suka nak beli. Sedap kuih ni..tambahn ada strawberry tu.. saja search di japanesefood.com jumpa resepi kuih ni.. so apa kata ita cuba... alhamdulilah sedap... hanya perlu diperbaiki dari segi bentuk je.. so dibawah ni ita dah translatekan untuk memudahkan ita rujuk untuk masa akan datang.. bagi yang nak tengok resepi asal klik disini ye..

Bahan-bahan,

  • 1 cawan tepung beras pulut
  • 1/4 cawan gula
  • 2/3 cawan air
  • *For filling
  • 1/2 cawan inti kacang merah
  • 6 strawberries
  • tepung ubi untuk senang membentuk dan mendebukannya nanti..
  • pewarna pink -optional
Cara-cara

1. Basuh Strawberry dan ambil inti kacang merah salut diluar strawberry dan bentukkan menjadi bebola. Buat 6 biji.
2. masukkan air dan gula kedalam bekas tahan panas dan kacau. masukkan tepung beras dan kacau lagi. Panaskan didalam microwave selama 2-3 minit.
3. Bancuhan ini akan panas dan cepat juga mengeras semasa panas tabur tepung ubi dia atas tangan dan ambil sedikit bancuhan tepung beras tadi canai sedikit bentuk bulat. Ambil inti kacang merah yang berbentuk bebola tadi letkkan ditengah dan tutup bagi kemas diatas bancuhan tepung beras tadi.. sentiasa gunakan tepung ubi untuk memudahkan membentuk kuih ini. siap.

2 Comments:

  1. Fatin Helmi said...
    ita.. siap masak camtuh je ker? tade kene kukus air buh dlm air kukus n etc? (contoh laa..) hihihi.. rupa n warna sgt la menarik.. pink..
    Juwita Jamaludin said...
    Fatin
    memang mcm dlm resrpi ni., sedap kuih ni

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG