15 March 2010

Strawberry picking, tetayama chiba.

Dah seminggu asyik gambar salji je... mana taknya lepas main salji hari tu badan Fateh panas.. nak demam .. tu yang mama tak boleh la nak memasak sangat.. buat simple2 je dengan blog pun tak jenguk.. hari sabtu kawan2 ajak pergi petik strawberi sebab fateh pun dah kurang panas sikit tapi silap bila jalan2 badan dia still lagi belum kebah.. so terperap je dia tak bermaya..

cerita tentang strawberry picking ni kami pergi ke tetayam, area Chiba. Jauh juga lebih kurang 2 jam perjalanan.. yang bestnya nak pergi sana kena ikut Aqua line highway jika naik kereta.. aqua line highway dibawah laut.. memang menakjubkan.. tak sempat nak amik gambar sebab ita tak leh nak bergambar dalam kereta sebab pegang fateh... yang pasti tolnya pun agak mahal...

sampai di ladang strawberi tu diberi masa 30 minit untuk makan strawberi tu.. makan la sampai kembung2 perut.. petik yang besar2 dan cantik je.. hihihihi.. manisnya sedap... makan dengan susu pekat manis.. tapi ita makan gitu pun sedap..









lepas pergi strawberry picking tu pergi tetayama seaside takut sungguh tengok laut dia... besar dan ganas.. macam nak tsunami pun ada.. besar ombak tu... ok la layan la gambar outing ramai2 dengan sebahagian family di yokohama ni...




2 Comments:

  1. Fiza Nordin said...
    salam ita...lame akak tak jenguk sini...permandangannya pun dahlain...moga sekarang fateh dan kebah dr demam...seronoknya jalan2...sambil petik sambil ngap!hehee
    Juwita Jamaludin said...
    thanks kak.. fateh dah kebah hanya tinggal selsema je sikit.. tul kak sambil petik sambil ngap...

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG