31 July 2009

Kung Puo Chicken



Hari ni masak kung puo chicken ni je.. sebab petang nanti nak bersilat lagi kat ofis nak masak untuk majlis baca yassin plak... resepi ni memang lama dalam list nak masak tapi tak terbuat-buat sebab tunggu cashew masih kat kedai lagi.. hihihihi.. resepi dari cikwan taipei.. terliur tengok gambor ayam tu cantik.. tergoda nak cuba..

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

30 July 2009

Mee Nyonya atau mee kari nyonya


Tengah ada daun kesum dalam peti sejuk tu baik la buat mee nyonya ni.. tapi tu la baca resepi pun sekali lalu je.. jadi teringat di rumah ros ada mee kari nyonya di rumah kak hana ada mee nyonya.. jadinya bila masak ita buat guna resepi kak hana.. tapi ita tambah serbuk kari plak.. ingat kak hana letak rupanya tak.. hehehe tak pe la.. yang pasti dah selamat masuk perut dah.. dan hasilnya sedap.. buat sikit je untuk breakfast pagi tadi... sambal tumis pun tak buat .. uhuuuhuhu Nak N3 tadi tak sempat la.. banyak urusan rumahtangga... Thanks Kak hana ye sebab banyak resepi yang marbeles hihihi.. nak tengok resepi asal gi rumah kak hana tau.. ini versi ita punya....

Bahan Kuah Laksa
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
*ita tambah serbuk kari 2 sudu

Bahan Laksa
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan - hana gune mee kuning je
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis


Bahan Sambal Tumis
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...

29 July 2009

Jagung Manis



Tengah malam lapo la plak.. tambah abang nak puasa sok jad buat la jagung manis n.. hehee.. sambil study sambl makan.. sedap je sambil tu minum jus buah dan ice blended.. segar rasa... resepi jagung manis dari dapur kak hana... resepi asal kalau tak silap dari aziemas..

Bahan-bahan

* 1 cwn@cup jagung (
* 1 sudu susu pekat -
* 1 sudu marjerin@butter
* secubit garam

Cara-cara

* kukus jagung hingga masak.
* bila jagung kukus dh masak, masukkan dlm mangkuk.
* masukkan marjerin,susu n garam. gaul sebati.
* siap! boleh la dimakan panas2

Jom minum



Selamat malam.. saja buatkan jus buah buahan campuran dan chocolate ice blended ni.. sejuk rasa tekak malam- malam gini.. dah la panas.. huhuhu..tambah ada pembantu baru didapur sekarang senang keje.. heheheh.. sorry la tak letak dalam gelas sebab ini memang party cup pembantu baru ita tu.. blend terus minum dalam ni je.. sambil temankan abang study esok ada exam...

Jus buah-buahan
ita masuk je apa buah yang ita suka tapi kali ni
6 biji seedless grape
4 potong tembikai
1/2 biji kiwi
1/2 biji oren
2 biji kurma
1/2 sudu besar madu
4 ketul ais

Cara-cara
1. Blend semua sekali dan siap untuk dihidang.


chocolate ice belnded
bahan-bahan

2 sudu coklat hershey
1 stick creamer cofeemate
1 sudu coco powder van houten
1/2 sudu gula
6 ketul ais

cara-cara
blend semua bahan dan sedia untuk dihidang.


Karipap Sardin Kentang



Buat karipap semalam dan frozenkan goreng pagi ni.. senang cerita. Masak pasta goreng je pagi ni.. tapi layan gambar karipap je la ek.. huhuhu.. pasta tak sempat nak bergambar.. heheheh


Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
2 biji kentang
1 tin kecil sardin
1/2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
sos tomato
sedikit jus lemon/limau

Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan kentang. Kemudian masukkan sardin,sos tomato. jus lemon dan garam secukup rasa. masak hingga kentang empuk.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

28 July 2009

Hadiah dari abang


Seronok sangat hujung minggu lepas sebab dapat 2 hadiah dari abang.. Alhamdulilah Dapat magic bullet deluxe dan hiihii.. nanti la ambil gambar dulu..ita cite hadiah yang satu ni dulu la.. mesin ni macam blender dan fruit juicer digabungkan.. senang untuk blend makanan baby dan buat jus buah-buahan.. Abang saja hadiahkan tambahan memang nak cari blender dan fruit juicer sebab anak-anak ita suka minum jus buah sekarang.. Bagus pun untuk budak-budak.. Thanks abang sebab hadiahkan mesin ni.. moga ita akan lebih rajin lagi untuk masak dan menyediakan makanan berkhasiat untuk kita dan anak-anak. ada satu lagi hadiah abang bagi tapi tak sempat-sempat nak ambil gambar.. sebab hadiah yang satu lagi ni lagi best.. hihihihi.. lama tau teringin tambah kat Malaysia pun tak de...


27 July 2009

Carrot Cake



Salam semua.. dah naik bersawang blog ni.. dah beberapa hari asik tengok sotong tu je.. hihihihi.. kalau hujung minggu memang tak sempat nak bersenang-senang tengok blog ni.. sibuk beraktiviti.. jadinya tengok je la gambar sotong tu buat 2-3 hari.. hihiihi.. semalam buat Carrot susu jadi ada la lebihan hampas carrot tu.. jadi harini buat la carrot cake untuk berbuka puasa... Resepi ni dari rumah kak hana.. thank ye kak..ita buat setengah aduanan je..

Bahan-bahan

* 3 cawan lobak merah -di parut
* 4 biji telur
* 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai
* 2 cawan gula- kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan golden raisin
* 1 cawan walnut- roast & crush- ita guna cashew
* 1 sudu teh garam halus
* 2 sudu teh soda bikarbonat-
* 2 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh serbuk kayu manis -
* Topping/Glazing
* 1 1/4 cawan gula icing
* 3 oz creamcheese
* 1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
* 1 sudu teh vanilla extract

Cara-cara

1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.

24 July 2009

Sotong Percik


Harini malam baru boleh nak tengok blog ni.. Ini pun Fateh dah tidur baru la senang nak upload entry hari ni.. Bukan tak leh nak upload waktu dia ada tapi tak selesa sebab terkejar-kejar nak menjaga Fateh yang semakin sibuk belajar itu dan ini.. Jadi sekarang malam la masa yang sesuai bila fateh tidur.. Nak share resepi sotong percik ni.. sedap tapi ita tambah kerisik sikit nak bagi lebih sedap.. hihiih..itu ikut tekak ita la..resepi dari kak rossitamz.. thanks ye kak tumpang c& P kat sini ...

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 8 ekor sotong yang besar
* 10 biji cili kering (**)
* 5 biji cili padi (**)
* 5 biji cili merah (**)
* 1 labu bawang besar (**)
* 2" halia (**)
* 2" lengkuas (**)
* 2 batang serai (**)
* 1 helai daun kunyit - dihiris halus
* 4 helai daun limau purut - dihiris halus
* 1 batang serai - dititik
* 1 sudu besar air asam
* Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan sotong
2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.ita masuk 2 sudu kerisik.
5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!

23 July 2009

Tuna cheese muffin


Buat makan berbuka puasa abang malam ni sebagai kuih sampingan.. Nak buat kuih yang lain tak sempat sebab nak mengejar Fateh. Yang ini senang.. sebab abang suka yang pedas-pedas. Resepi dari kak yani myresepi. thanks ye kak.. saya tumpang C & P kat sini.

Bahan-bahan ( 9 biji m saiz )

* 1 biji telur
* 10g/1.5 sk gula
* 1sk baking powder
* 120g tepung gandum
* 1 tin/80g tuna
* 50ml susu segar
* 50g pizza cheese
* secubit garam

Cara-cara

1. Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Panaskan oven sehingga 180C
2. Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
3. Masukkan tuna bersama dengan air atau minyaknya. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung sedikit semi sedikit berselang seli dengan susu segar
5. Akhir sekali masukkan cheese. Kacau rata.
6. Kemudian isikan adunan ke dalam muffin tray. atau muffin cup. Bakar selama 20 minit.

Soto Muar


Semalam ros tayang soto batu pahat guna perencah segera hari ni ita pula.. hihihi.. sebeb terliur tengok soto rumah ros ita masak soto hari ini. Perencah ni pun abang ipar ita yang belikan.. sebab dia tahu adik ipar dia ni suka yang segera.. senang kalau waktu terkocoh-kocoh waktu pagi...Thanks yeop..

22 July 2009

Popia Basah



Buat untuk makan malam kami hari ni.. abang memang tak makan yang berat-berat bila dah malam.. selalunya dia balik lambat tapi hari ni saja balik awal jadi ita buatkan popia ni .. sedap resepi asal dari kak umi e.. thanks ye.. ita guna rice paper je nak cepat.. best sangat rasanya.. macam tak cukup je.. heheheheh


Bahan-bahan
Bahan untuk kulit
Rice paper secukupnya

Bahan untuk inti
* 1/2 biji kobis - diricih halus
* 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
* 1 biji sederhana bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu makan udang kering
* garam secukupnya
* minyak untuk menumis
ita tambah soso tiram sikit.

* **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

* Bahan untuk sambal***
* 15 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 1 sudu besar gula perang
* 2 sudu besar kicap manis
* minyak untuk menumis
* garam,
* *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Bawang goreng secukupnya

Cara-cara
1. rendam kulit popia /rice paper didalam air selama 1 minit atau lembut jangan lama nanti hancur.
2. setelah lembut angkat dan letakkan diatas pinggan.
3. lettakan satu sudu sambal dan ratakan sekeliling kulit tadi.
4. Masukkan inti dan bawang goreng.
5. gulung dan sedia untuk dihidang.

Roti tuna bercheese


breakfast roti je hari ni.. hehehe.. Abang nak g lab awal.. jadi tak sempat makan berat-berat.. resepi roti macam biasa ita suka guna resepi yang ni sebab lembut hanya tukar topping dan bentuk je...

Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast

topping
Tuna chili mayonis
shrended cheese
parsley

1. Masukkan semua bahan doh ke dalam breadmaker dan tekan butang doh.
2. Setelah siap tumbuk angin dan bahagikan beberapa bahagian. Ikut kebesaran sendii
3. amik satu dan canai memanjang dan pusing2 macm roda..
4. bentukkan bulat dan letak atas dulang pembakar
5. letkkan tuna dan taburkan cheese dan parsley
6. siap ..bakar pada suhu 180 selama 15-20 minit..

21 July 2009

Meatball Fettuccine



Breakfast dengan fettuccine meatball.. Sedap dan mudah nak buat.. resepi ni tengok kat rumah ros tokey roti.. ita ada tambah satu dua benda.. ros guna spagetti, ita saja guna fettuccine..thanks ros sedap resepi ni.. akak c& P ye..

Meatballs Fettuccine

(bahan utk meatballs)

200gram daging cincang,
4 sudu besar serbuk roti
1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit oregano
sedikit lada sulah
1/4 biji bwg besar saiz sederhana dicincang halus ( ita tukar bawang putih)

Dlm mangkuk besar campurkan daging cincang, serbuk roti , bawang cincang, lada sulah, telur ,oregano & 1/4 tsp garam. gaul rata ( jgn terlebih gaul lama2) kemudian bulat2kan dlm 20 biji. susun dlm baking pan dan bakar selama 15-20min suhu 160'C. sejukkan sebentar, kemudian buat sos pasta pulak.

untuk Sos Pasta

4 biji tomato (3 biji diblender, dan 1 biji lagi dipotong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
1/4 biji bwg besar (dicincang halus)
2 biji bwg putih (dincincang halus)
1/4 batang carrot (dipotong dadu)
2 biji cendawang butang (dipotong dadu)
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit oregano
ita tambah ayam cincang sikit

blender tomato hingga hancur kemudian panaskan minyak. Masukan carrot, cendawan, bawang putih & bawang besar dan masak hingga lembut. masukkan tomato ketchup dan tomato yg didadu tadi, oregano, lada sulah, garam & gula biarkan mendidih. Kemudian perlahankan api dan biarkan reneh dlm 15 minit. kacau sekali sekala. masukkan meatballs tadi dan biarkan kuah agak pekat, sesuaikan rasa dan hidang panas-panas, taburkan parmersan cheese dan daun parsley jika suka.

20 July 2009

Kek coklat kak nor ganu


Salam semua.. Dah beberapa hari ita tak update blog ni.. huhuhuhu.. hujung minggu biasa la agak busy tambahan ada 2 jemputan makan hujung minggu baru-baru ni.. tu yang agak sibuk tu.. sekarang ni pun fateh dah sihat dah tapi biasa la budak baru dapat kaki ni lain sikit semua nak cuba panjat sana sini.. huhuhhu.. tak leh leka sikit .. jadi nak mengadap pc dengan aman pun dah tak leh sekarang ni... jadinya kalau dia tido je la masa nak update pun.. tgk nasib la sekarang... nak share kek coklat kak nor ni.. sedap tau.. dan mudah nak buatnya.. thanks kak... ita c & p ye

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

* 250gm butter
* 1 cawan gula castor
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur (A)
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 cawan susu segar suam
* 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
* 3/4 cawan serbuk koko
* Utk choc ganache:
* 150gm coklat masakan
* 1 sudu besar susu pekat
* 1/4 cawan air panas
* 1 sudu besar butter

Cara-cara

1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

17 July 2009

Ikan Masak Sambal


Hari ni terkejar-kejar sikit. Mana taknya banyak kerja yang menanti sementara Fateh tidur ni ita upload entry untuk hari ni.. Petang ni nak bawa Fateh pergi klinik. Jadinya banyak urusan rumah tangga yang perlu diselesaikan.. huhuhuh.. so hari ni masak simple je.. sebab dah pening nak masak apa tak tahu dengan ikan ni.. Jadi masak ikan masak sambal je.. ini adalah resepi yang ita suka bila dah tak tahu nak masak apa.. Kalau nak tahu ita paling suka masak sambal-sambal macam ni..

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 4 ekor ikan kembung
* 4 biji bawang putih di blender
* 1/2 biji bawang besar di blender
* sedikit air asam jawa
* 4 sudu besar cili kering yang dibelnder
* sedikit sos tiram
* sedikit gula dan garam

Cara-cara

1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit
2. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan
3. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.tunggu sehingga pecah minyak
5. Masukkan soso tiram , gula, air asam jawa dan garam.
6. Masukkan ikan gaul dan siap.

16 July 2009

Ayam Golek


Hari ni masak awal sikit sebab abang nak gi lab awal katanya. Fikir nak masak apa dengan ayam ni agar cepat masak. Buka myresepi nampak resepi ayam golek resepi tie ni.. mudah dan senang nak disediakan bahannya. Thanks ye tie...

Bahan-bahan ( 2 )

* 2 bhgian paha ayam
* 1 mangkuk santan
* 5 biji bawang merah
* 1 batang serai
* 2 ulas bawang putih
* 3 tangkai cili kering
* sedikit kunyit dan sedikit halia

Cara-cara

1. bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus
2. kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat.masak hingga ayam separuh masak.
3. kleuarkan ayam td dan bakar antara 20-25mnt
4. kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar.
5. siap utk dimakan

15 July 2009

Puding Pelangi


Petang tadi rasa panas sangat cuaca kat nihon ni.. Tekak ni kalau dapat agar-agar yang sejuk ke sedap rasanya.. Jadi ita buat la puding pelangi ni. sedap puding ni.. mudah plak tu nak buat .. resepi dari alma.. terima kasih ye alma...


ahan-bahan ( 5-6 orang )

* 10g serbuk agar2( ita guna agar-agar strip)
* 650ml air
* 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
* 60gm mentega
* 1 biji telur
* ½ tin susu cair
* 1 sudu makan tepung custard
* 1 sudu makan serbuk koko
* 1/2 sudu teh vanilla
* pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara

1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (lapik/alaskan dgn ape2 utk tinggikan).
6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....

Honey Prawn



Hari ni plan nak masak udang tapi tak tahu nk masak apa jadi tengok ramai yang dah cuba Honey Prawn ni, ita pun cuba juga...sedap.. resepinya pun mudah.. resepi dari kak dayang.. thank ye kak..


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
* 1 labu bawang besar*
* 1 biji cili merah*
* 3 ulas bawang putih*
* 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
* 2-3 biji cili api (diketuk)
* 1 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
* sedikit daun ketumbar (dihiris)
* 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
4.Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan

Donut



salam semua... hari ni cuba masuk entry.. tengok fateh pun dah sihat sikit. walaupun suka juga usik tangan dia yang luka tu.. ita bukan apa risau takut tangan dia luka dan berdarah dan bila berdarah susah nak berhenti tu yang yang confuse tu... Thanks kepada kawan-kawan yang bagi semangat dan doa yang tak henti-henti untuk fateh.. seronok rasa ada kawan-kawan yang ambil berat..

so hari ni nak share donut resepi kawan kita ni Hasue.. sedap donut tu.. yang paling best cepat siap dan cepat mkn... thank ye hasue.. sebab share resepi donut tu.. thanks juga kepada kakak dan abg ipar ita yang tak jemu-jemu menghantar barang dari msia.. yang colour-colour tu dari msia la.. heeeehhheeh.. Hasue ita C & P ye

ahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

* 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
* 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
* 50g Marjerin
* 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
* 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
* 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
* 1 Biji Telur
* 1/2 Sudu Teh Garam
* Gula Halus atau topping kegemaran anda
* 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee[edited]
7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

11 July 2009

Chicken chop dan kisah Fateh



selamat pagi.... hari ni breakfast simple.. ada sikit lagi chicken chop yang tak sempat nak goreng semalam sebab kisah fateh ni.. ita buatkan telur dadar, nasi goreng dan coleslaw je untuk completekan menu hari ni...hari ni cadangnya nak keluar beli barang-barang dapur yang dah habis tu dan terus pergi main badminton macam biasa.. tapi nak cerita kisah anak ita yang nombor 2 tu Muhammad Fateh. sekarang ni dia dah mula lagak-lagak yang medebarkan mama dia ni.. mana taknya belajar memanjat, melompat dan tarik benda-benda yang dia minat nak tahu.. fateh ni pun ita lihat kuat semangat orangnya.. kalau jatuh pun selamba je muka dia.. jarang menangis... ceritanya semalam tangannya luka terkena penyeput makanan. Tapi yang ita peliknya darah dia tak berhenti lama tau.. mula tak terfikir nak pergi klinik tapi sebab dah nak hampir 2 jam tak berhenti takut juga so pergi la klinik malam-malam pun.. itu pun shaheer yang bawa .. Thanks sangat.. kebetulan ada majlis yassin semalam dapat la shaheer tolong... so berbalut la tangan Fateh ni.. tapi budakkan rimas agaknya suka kadang tu nak buang pembalut tu.. risau takut luka tu terbuka ke apa.. ita kena selalu duduk dengan dia sebab takut dia buang pembalut tu... minggu depan isnin kena g hospital balik sebab nak tengok macam mana luka tu ok ke tak... doakan fateh sihat ye...


sibuk tengok upin dan ipin sambil ita upload gambar ni...

10 July 2009

Roti coklat berinti krim coklat


Harini tak masak yang berat-berat sebab busy nak masak untuk majlis baca yassin malam ni.. kat sini kami buat majlis agama ni 2 minggu sekali jadi setiap 2 kali jumaat ita dan adnin kena la memasak.. so hari ni makan chicken chop, sos lada hitam, coleslaw dan wedges.. itu ita yang masak.. adnin masak nasi goreng dan burger malaysia.. hehehe yela asyik masak nasi lauk je kadang2 tukar selera plak.. so hari ni tayang roti coklat resepi dari ros tokey roti ye.. hehehehe..jadinya kalau sempat harini gi la merempit rumah kawan-kawan bak kata hasue.. kalau tak mungkin esok je ita datang melawat.. ihihiihi


Bahan-bahan
* 200 gram tepung roti/ highprotein flour
* 50 gram tepung gandum
* 1 sudu kecil yis
* 2 sudu besar marjerin/butter
* 2 sudu besar susu tepung/skim milk
* 2 sudu besar gula
* 1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
* 120ml susu segar atau air suam
* 1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
* 2 sudu besar serbuk koko
* *untuk inti*
* sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.

Cara-cara

1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
2. campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
3. kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
4.Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.
5.Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

09 July 2009

Keropok Lekor Jiya



First time buat keropok lekor.. tapi banyak yang kena improvekan lagi.. sebab blend ikan tak cukup halus.. huuhuhuu.. patut kena halus baru sedap.. tapi blender dah tak mahu nak pusing dah.. hehehe.. anyway lepas la tekak nak makan keropok lekor.. Thanks to mak yung jiya atas resepi ni.. mudah dan ringkas.. hehehe nanti leh buat lagi...Akak c & P ye .. hehehe

Bahan-bahan

* 1kg ikan selayang/ kembung ( ita guna ikan tamban)
* 5-10 ulas bawang putih
* 1kg tepung ubi/kanji
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* Garam secukup rasa
* Perasa
* Air

Cara-cara

1. Asingkan isi ikan dari tulang.
2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
5.Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
6.Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

kueh teow kung fu



sarapan pagi ni.. walaupun gambar tak lawa tapi sebab menu ni sedap share jugak untuk rujukan masa depan.. heheehe.. rasa yang tersendiri dan unik bila kueh teow campur dengan telur...resepi dari hanis myresepi.. thanks ye.. saya copy and paste ya...

Bahan-bahan ( 1 orang )

* kueh teow
* 2 biji telur
* lada hitam / lada putih
* mix seafood
* lobak
* 1~1setengah sudu besar tepung jagung
* 1 cawan air
* sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
* 1 ulas bawang putih
* 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
* sos tiram

Cara-cara

1.pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
2.masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
3.tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
4.balikkan supaya kedua-dua belah masak.
5.masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
8. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
9.biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

08 July 2009


Ada beli rebung dalam tin tak tahu nak masak apa.. jadi cuba resepi ni.. masak lemak.. tapi ita tak guna cili macam dalam resepi tu sebab takut pedas nanti anak tak makan plak.. Fathnin kalau gulai lemak ni dia suka jadi ita kalau buat tak nak pedas.. sian kat dia.. resepi ni dari ziehelmy myresepi.. ita C& P ye

Bahan-bahan ( 4 org )

* 500gm udang sederhana besar (ita guna sotong)
* 500gm Rebung (kalau suka byk tambah, kalau tak suka kurangkan)
* 20 ulas Cili api (ditumbuk lumat) tak buat sebab takut pedas anak tak makan ita gna cili merah je tumbuk
* Perahan Santan dr satu biji kelapa
* 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat bersama cili api
* Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Cuci udang mengikut kesukaan. Kalau nak manis, tinggalkan sedikit misai2 ke, kulit ke.....kemudian toskan.
2. Cucikan rebung, toskan. kemudian letakkan di dalam periuk.
3. Letakkan cili api yg telah ditumbuk lumat bersama kunyit tadi serta santan. Gaul rata semua bahan bahan tadi.
4. Masakkan bahan bahan tadi dengan api yang sederhana supaya tidak pecah minyak, kacau selalu.
5. Bila sudah mendidih, masukkan udang. Masak hingga udang tadi masak. Tetapi jgn terlalu lama.
6. Rasakan garam. Hidangkan ketika panas2.....

Ebi Spagetthi



Nak shere spagetthi yang mudah ni.. resepi asal guna asari.. tapi ita guna ebi.. hehehe mana taknya orang kat rumah ni tak makan asari dan seangkatan dengannya.. sedap dan mudah nak masak.. resepi ambil dari rumah kak hana....

Bahan-bahan

* 160g spagetthi (1.4mm)
* 400g asari@lala - bleh juga nk gune udang/sotong @ seafood
* 8 btg brokoli @ asparagus - celur dan potong 2cm - hana xde stok!
* 5 sudu makan olive oil
* 1 sudu makan bawang putih cincang
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 1 biji cili kering yg kecil - potong halus
* daun parsley- hana gune yg kering jer!
* garam
* air sedikit

Cara-cara

* Rebus spagetthi dgn sedikit minyak dan toskan.
* Panaskan olive oil. Masukkan bawang putih dan goreng hingga naik bau.
* Masukkan asari@lala dan air sedikit. tutup kuali. biar sehingga asari@lala terbukak isi.
* Taburkan garam, lada sulah, lada kering dan juga daun parsley. Masukkan juga brokoli. kacau.
* Akhir skali masukkan spagetthi dan gaul rata. tutup api.
* Siap dhidang! leh taburkan daun parsley kering lg jika suka.

Potato Wedges


Buat wedges untuk makan dengan chicken chop.. sedap.. wedges ni mudah saja.. resepi dari ida ambil dari blog aisha... akak c& P ye aisha..

Bahan-bahan
Potato seberapa byk yg anda mahu (dibelah 4 dan direbus)
Sedikit serbuk kari,
perencah sup,( ita tak letak)
sdkt kiub ayam/ikan bilis dihancurkan,
sdkt lada sulah,
italian herbs,sdkt grm kalau tak cukup masin,
sdkt tepung beras

cara-cara.
1. rebus kentang sehinngga agak empuk dan sejukkan
2. potong lagi mengikut kebesaran yang dikehendaki
3. gaul semua bahan-bahan diatas.
4. goreng sehingga kekuningan

07 July 2009



Minggu lepas ita berkesempatan ke Tanabata festival.. ita pergi di shonan Hiratsuka ini adalah untuk area kanagawa ni la.. ada banyak lagi tempat kalau di Japan ni.. so ini yang paling dekat dengan area ita ni.. mula tak terfikir nak pergi.. tapi aisha shaheer yang ajak tu yang pergi tu... lagi pun dah tinggal kat negara orang apa salahnya rasa pengalaman yang menarik ni kan.. bagi ita amat meriah dan colourful best juga.... Festival ni sebenarnya diorang tulis wish diorang dia atas kertas yang dipanggil tanzaku paper ( colurful, small strips paper).. kemudian diorang buat bamboo branches cantik dan berbagai bentuk.. dan bentuk2 tu ada maksudnya sebenarnya.. heheheh .. kalau nak baca lebih lanjut boleh klik kat sini.. layan la gambar2 sepanjang Tanabata ni..






comelkan pisang-pisang ni...




;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG