09 September 2009


Seronok sangat dapat barang yang dipos oleh yong, Jef dan mak dari Malaysia. Diorang kesian pada ita sebab tak merasa nak makan kuih raya.

Ini adalah kuih raya favorite kami sekeluarga. Kalau di malaysia nak raya je suami ita akan beli kuih almond london dan almond yang white chocolate tu untuk kami sekeluarga makan waktu berbuka.. jadi diorang ingat pada kami waktu balik berbuka di kampung baru-baru ni.. sedihnya dengar.. terharu pun ada... Dalam kotak pos tu bukan sahaja ada kuih raya tapi ada macam-macam seperti serai, kunyit, daun pisang, daun pandan dan kerepek. Thanks sangat pada yong dan yeop sebab susah-susah poskan pada ita.. ita amat menghargainya.. ini ada beberapa video untuk yong dan keluarga malaysia yang rindukan Fathnin dan fateh..


9 Comments:

  1. Watierman said...
    Comelnya anak2 Ita...akak suka sangat menonton video tu...even it was not meant for me...Best kan bila dapat kuih muih dari sedara di kampung ...rasa terharu pulak...Selamat berpuasa & menyambut Hari Raya....Maaf Zahir & Batin!
    Siti said...
    Salam, boleh saya tahu bungkusan yang dipos dari malaysia tu guna service apa ek?Da puas saya carik kat sini utk pos kuih raya kat anak sedara saya kat Jepun tu.
    CatlinaFly said...
    salam..:) boleh lah melepaskan rindu kat kuih2 raya Mesia..selamat hari raya dari sy sekeluarga..
    kew_chop said...
    comelnye fathnin n fateh neh. geram tengok.
    AM said...
    Besarnyer kotak...best betul :)
    NorNaza said...
    Wah2..mesti terubat org kg tengok anak2 Ita, comel2 belaka dah mcm anak jepung!!..
    Suzi said...
    alhamdulillah dpt merasa kuih malaysia...besar kotak tu...
    Juwita Jamaludin said...
    to kak watie.. thanks kak.. seronok sangat dapat kuih tu.. tanda ingatan diorang pada ita sekeluarga

    to siti saya dah pos kat blog akak

    to cat.. thanks ye.. ye memang kuih ni dah nak tinggal separuh balang dah.. hihi

    to murni.. maira ngan zayyan pun comel gak.. lagi la zayyan si tembam

    to ima.. hihih kotak je besar barang banyak daun2 je.. hihih

    to kak nor.. heheh insya Allah moga terubat rindu diorang

    to kak suzi.. hihih daun yang banyak kak tu kotak besar tu
    Anonymous said...
    Salam Kak Ita...comelnye video anak2 kak ita nie... kakak baru 3 tahun ek..pandai betul dia.Adik nape serius je? tak suke acting depan videocam ke?heheh

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG