Bulan Ramadan ni kuih tradisional menjadi pilihan. Tiap hari ada sahaja menu pemanis yang ingin dicuba. Sibuk membaca email anak saudara suami terpandang resepi kuih muih tradisional yang diberikan. Terus teringin nak makan kuih badak berendam. Jika dikampung ada daun pisang lebih sempurna bentuknya. Terima kasih Nana atas kiriman resepi ini.
Bahanbahan:
1) 100 g tepung pulut
2) 6 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
4) 2 cawan santan
5) 1 cawan gula merah
6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam
Cara :
1) Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang
lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat
dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.
Labels: kuih muih