09 September 2009

Lepat pisang



Lepat pisang.. dah lama nak makan tapi tak sanggup nak beli daun pisang yang mahal kat sini.. huhuhuhu.. jadi semalam kakak ita ada poskan barang termasuk la daun pisang ni.. hehehe.. best sangat dapat buat.. terima kasih Yong.. walaupun daun pisang tu dah tak segar tapi boleh juga buat lepat ni.. resepi dari CMG tapi ita c& P dari dapur kak hana.

Bahan-bahan

* 700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
* 70 g gula melaka, dihancurkan
* 1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
* 3/4 camca teh baking powder
* 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
* Secubit garam
* Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai

Cara-cara

1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG