Hujung minggu adalah hari beraktiviti. hari sabtu pergi main badminton macam biasa dan hari ahad ada jemputan berbuka puasa. Jadi sempat buat karipap pusing ni untuk dibawa ke majlis tersebut. Masih amatur untuk dapat tekstur yang cantik. Insya Allah akan cuba lagi.. resepi dari lynn myresepi.. senang ada gambar step by step .. buat setengah adunan dari resepi ni menghasilkan 30 biji karipap.
Bahan-bahan
* *Doh berminyak* :
* 150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
* 300 gm tepung gandum
* ....................................
* *Doh biasa*:
* 700 gm tepung gandum
* satu sudu kecil garam
* air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
Cara-cara
1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di disini
2. margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
3.Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
4.700 gm tepung gandum + air + air garam diuli pula
5.Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
6.Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
7.Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
8.Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong , kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
9.Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
10.Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu
Labels: kuih muih