Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Fathnin, selamat hari jadi.. Moga jadi anak yang solehah, bijak, mendengar kata mama papa, mengikut suruhan agama, panjang umur murah rezeki dan bergembira selalu. Mama dan papa amat menyayangi mu sayang.. hari jadi fathnin hari ni tapi disebabkan semalam ramai yang ada disini sempena kawan kami yang ingin pulang terus ke Malaysia jadi ita buat sambutan birthday Fathnin semalam.
Seronok rasa dan yang paling seronok Fathnin sebab dapat potong kek. Kek fathnin kali ini adalah hasil kreativiti papa yang hias. Mama sekadar touchup sikit-sikit je. Yang lain papa yang buat. Boleh tahan papa ni bila bermain dengan icing kek. Disebabkan kartun kegemaran fathnin adalah Winnie the pooh jadi papa lukiskan pooh atas kek tu. Thanks papa buat kek yang cantik untuk fathnin. Resepi kek ni leh tengok kat sini
wah seronoklah dpt potong kek hasil kerja mama dan papa
to ijan.. tula akak pun mula tak caya dia nak deco takut jahanam kek.. rupanya ada bakat suami akak tu huhhhuhuhu..
to kak suzi.. anak kesayangan dia tu.. tu yang suka nak buatkan
ju akak disini beraya macam biasa .. mcm mana pula di sana .. semuga segalanya baik dan gembira selalu ... insyaallahhhh
to kak watie.. ganbatte mama ngan papa.. untuk anak kak