02 September 2009

Bubur sum-sum


Desert tradisional yang biasa dijamu bila ramadan menjelma. Teringat pada mak sebab suka buat bubur sum-sum ni. Disebabkan mak suka buat gula warna merah jadi ita buat warna merah. Sejuk je anak tekak makan bila disejukkan dalam peti sejuk sum-sum ni.

Bahan-bahan.
Untuk sum-sum
70 g tepung beras
300 ml santan
secubit garam

untuk gula merah
4 sudu gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
250 ml air
sehelai daun pandan
sedikit pewarna merah

Cara-cara.
untuk sum-sum
1. Masak tepung beras, santan dan garam dengan api yang sederhana dalam periuk. lebih baik jika non-stick pan.
2. Kacau selalu sehingga ia likat dan masak dalam 5-10 minit.
3. masukkan didalam bekas yang disukai atau didalam loyang.

untuk gula merah
1. Masak gula, air dan daun pandan sehingga gula hancur.
2. Siap dan sejukkan.

* sedap dimakan setelah disejukkan didalam petisejuk. Dengan menuangkan kuah gula merah diatas sum-sum jika hendak dihidang.

7 Comments:

  1. geraugebang said...
    Assalammualikum,salam kenal dari kak gerau. Wah, dah lama akak tak buat bubur sum-sum. Arwah atok akak dulu selalu buat. Dalam ais box dia senantiasa ada puding ni. best kan
    RiShaZalia said...
    salam ta... wahhhh... pestime le tgk kale air gula dia merah... biasa guna gula melaka... satu kelainan ni... lagi nampak x sabar2 nak makan dibuatnya.... menarik2 ni.... :-)
    kew_chop said...
    waa cam menarik jek. dah la tepung beras berlambak tak tahu nk wat ape. lehla wat resepi ni berbuka nanti.. thanks kak ita. tgh pening2 dok pikir nk wat dessert ape tgk resepi kak ita ni leh la cuba.
    Chik Mi said...
    wahhhh ita merah kaler air gula tu,akak nak sum2 skit tp nakkkkk pinggan sum sum tu jugak
    Juwita Jamaludin said...
    to kak gerau.. yeke.. ita mak suka buat kalau bulan puasa mesti akan buat desert ni..

    to maza.. hehehe ikut mak buat warna merah.. ita plak tak pernah makan yang gula melaka

    to murni.. cuba buat la murni.. macam tekak akak suka sebab lemak-lemak santan tu suka..

    to kak mimi.. heheh kelakar akak ni.. pinggan sum2 tu tak leh makan kak
    ida81 said...
    mak saya pun suke buat bubur sum2 ni mkn dgn gula merah mcm ni kak..huhu...rindu la pulak
    Mommy Marissa said...
    Salam Ziarah,

    kak ita, izinkan sy copy menu akak nih.. dlu sy belajar wat menu nih, tp lupe dia pya measurement nye.. jenuh cari, akhirnye dpt gak dr blog akak.. cume sy nak tukar kuah gula kpd karamel.. tq for the recipe.. suka2

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG