01 September 2009

Cok bantal dan Sambal ayam



Cok bantal menu yang mudah disediakan. Dah lama masuk list ni alhamdulilah hari ni baru berkesempatan nak buat. Tambahan ada sambal ayam untuk dicicah. Resepi asal menggunakan sambal ikan bilis.. Ita saja guna apa yang ada di rumah. resepi dari myresipi..

Bahan-bahan

* 3 cawan tepung gandum - diayak
* 2 sudu teh yis
* 3 sudu teh garam
* 3 sudu besar gula halus
* 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
* 1 biji telur
* ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
* Bahan - Bahan Sambal Bilis
* 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
* 1 labu bawang besar dimayang
* 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
* 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
* 4-5 sudu cili boh
* 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
* ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
* Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

1. Untuk Cok Bantal:
1.Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau.
2.Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.
3.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit.
4.Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.
5.Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!

2. Untuk Sambal Bilis :
1.Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.
2.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.
3.Tambahkan air asam, gula dan garam.
4.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)

*Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

5 Comments:

  1. phalla said...
    you site his nice, could you exchange my link?
    here is my link
    I hope you can share friend ship me..
    http://khmerlovenews.blogspot.com
    thanks you in advance
    Chik Mi said...
    ita cok bantal tu mcm best aje ,nak masyuk list lagi
    Juwita Jamaludin said...
    to phalla.. thanks phalla visit my link. anyway happy blogging.

    to kak mimi
    sedap kak tambah waktu panas sedap.. cuba la kak
    halen said...
    aaaa.. ita dh buat ke cok bantal ni sedapnya. kite dh msk list tp x buat2 lg haaa bz bebenor ekekeke. kt sini ble cuci mata jer la..
    Juwita Jamaludin said...
    to halen.. yeke bz dengan bisnes raya ni.. heheh.. jamu mata dulu baru jamu perut.. hihihi

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG