Bergambar di hadapan kedutaan besar malaysia
Selamat hari Raya Aidilfitri semua. Setelah seminggu lebih menyepikan diri disebabkan masa yang agak terhad untuk menikmati penghujung Ramadan tahun ni. Baru berkesempatan untuk memasukkan cerita raya di Kedutaan Besar Malaysia, di Tokyo Japan. Alhamdulilah hari yang seronok dan meriah dengan kawan-kawan. Ramai rupanya rakyat malaysia di japan ni.. itu pun ramai yang balik malaysia sempena tiket MAS murah.
Sebahagian rakyat malaysia yang ada di japan
Kami mula bergerak dari rumah ke Tokyo jam 630 pagi. Naik train di Yokohama jam 722 pagi.. jadi sempat sampai di kedutaan jam 810 pagi. Seronok sebab sempat untuk solat hari raya.
sambil tunggu bas
Dalam train
selepas solat ada khutbaah raya dan ada jamuan raya sikit.. kami keluar dari kedutaan selepas solat zohor.
dari kiri Adnin, Myra, ita dan As, isteri2 warga UteM di Japan
Seronok dapat jumpa kak nor dari Toyama.
Geng yang selalu bersama :)