04 September 2009

Popia Basah



Tiap hari kena fikir menu kuih apa nak buat. Sebab abang suka kuih yang pedas-pedas. Jadi hari ni cuba popia basah ni. Sebelum ni dah buat tapi tak guna kulit popia yang dibuat sendiri. Boleh tahan mencabar untuk buat kulit popia ni.. hehehee tapi sedap.. berbaloi buat.. hanya perlukan sedikit kesabaran.. resepi dari kak umi_e myresepi.. thanks kak..

Bahan-bahan ( 12 keping )

  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
  • Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
  • Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (boleh lihat cara2 bergambar disini)
  4. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  5. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  6. Lipat macam biasa dan gulung
  7. sedia untuk dimakan :)


5 Comments:

  1. ieda said...
    ermmm sedap nya dikkkk
    NorNaza said...
    ee..jeles betui ngan ita...kuih rumit2 mcm tu cukup rajin buatnyer...kulit pun siap buat sendiri..salute la....
    Suzi said...
    ita, rajin betullah dia buat kulit popia tu...
    yummmynya nampak....
    n0n0n said...
    hanya mampu tgk je sambil ngidam....nampak sedap..............nk g beli la ptg ni
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ieda..
    alhamdulilah kak dapat juga merasa makan

    to kak nor.. saja kak nak try buat sebab dah tak de kulit yang segera

    to kak suzi.. memang yummy kak.. tapi nak buat kena sabar betul

    to nonon.. dapat beli bagus .. hehe kita tak leh beli.. huhuhu

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG