04 September 2009

Cucur jagung dan ikan bilis


Ketandusan idea untuk membuat kuih yang pedas.. huhuhu.. tambahan ini adalah request abang yang amat gemar dengan cucur jagung. Cucur ni adalah makanan kegemaran abang. Biasa buat tak buat jenis kembung buat jenis yang leper dan ranggup. Hari ni saja tukar selera buat yang kembung supaya sesuai untuk dimakan bersama kuahnya.

Bahan-bahan

200 g tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan jagung
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudukecil serbuk penaik
1/2 sudu serbuk soda bikarbonat
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit daun bawang
sedikit taugeh jika suka
air secukupnya

cara-cara
1. bancuh semua bahan tadi dan pastikan tidak terlalu cair.
2. Tunggu paling kurang 1/2 jam.
3.panas kan minyak dan goreng sehingga kekuningan mengikut saiz yang disukai.
4. Angkat dan toskan

Sambal cicah

bahan-bahan
3 ulas bawang putih di ketuk halus
1 sudu besar cili kering yang telah dimesin
2 sudu besar sos cili
3 sudu gula
sedikit garam
50 g kacang tanah dimesin
1 sudu bijan

Cara-cara
1. tumiskan bawang putih dan cili sehingga garing. tambah air untuk mengelakkan hangit.
2. setelah cili masak masukkan sos cili, gula dan garam.
3. masukkan kacang tanah dan bijan.
4.tambah air jika terlalu pekat.
sedia untuk dihidang bersama cucur tadi...

3 Comments:

  1. NorNaza said...
    nak jugak pencucuk yg color2 tu...hehe..kawaii
    Suzi said...
    hihihi akak pun jatuh cinta kat pencucuk tu...
    Juwita Jamaludin said...
    to kak nor dan kak suzi.. heheh murah je tu 100 yen kak.. hihi

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG