26 October 2011


Salam semua. Hari ini ita nak sambung cerita jalan-jalan Nikko dan ini adalah entry terakhir untuk jalan-jalan Nikko ni dan ita rangkumkan sekali kerana untuk hari kedua ni tak banyak tempat yang kami pergi kerana kami berada di Nasu. Berbalik pada cerita cottage yang kami sewa ditempah oleh Abang Puza. Untuk cottage ni kami memilih untuk menyewa 3 cottage kecil dan 1 besar untuk Aliza dan Family. Untuk sewa cottage ni dikira mengikut perkepala untuk kanak-kanak pula bagi satu family yang mempunyai anak kecil 2 orang dikira satu bahagian orang dewasa. Jadinya untuk kes ita kami dikenakan 3 bahagian orang dewasa semua jumlah lebih kurang 9000 yen termasuk bayaran tambahan barang-barang keperluan untuk cottage tersebut. Ini link cottage tersebut. Didalam cottage ini amat lengkap dengan peralatan tidur, peralatan masak memasak dan disediakan onsen untuk keluarga yang airnya memang untuk onsen kerana diambil dari kawasan onsen berdekatan. Kami sekeluarga sempat beronsen bersama dan air yang kami rasa memang berlainan sedikit. Beronsen sekeluarga dengan cuaca yang sejuk diluar dan air yang panas memang menyegarkan..:)





Pada hari kedua tu kami memilih untuk keluar agak lewat disebabkan kami bersarapan di cottage Aliza dulu dan bergambar bersama-sama. Disebabkan ita tak bawa kamera pada waktu tu jadi tak de la gambar tu dikamera ita. Pagi tu kami bersarapan nasi briyani ayam dan setnya, sup sayur, nugget, sosej, popadum. Alhamdulillah berkat kerjasama semua makanan tersebut sedap-sedap belaka.





Setelah selesai urusan check out kami pun meneruskan perjalanan ke arah Nasu iaitu kami memilih untuk melihat keindahan di Mt. Jean dengan menaiki cable car. Seronok rasanya beramai-ramai menaiki cable car bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Tiket untuk menaiki cable car ini 1200 yen bagi dewasa dan 1000 untuk kanak-kanak. Disebabkan kami 15 orang dalam satu kumpulan termasuk kanak-kanak jadi kami mengambil tiket kumpulan iaitu dikurangkan 200 yen setiap orang. Kawasan ini hanya dibuka hingga 330 petang sahaja.






Saujana mata memandang permandangan yang indah berwarna warni di sekelilingnya. Pokok dan daun bertukar warna .. subhanAllah .. amat indah sekali.. Sampai saja diatas dengan ketinggian 1600 dari aras laut pengunjung boleh meneroka kawasan tersebut dan bergambar dengan alam sekeliling disitu. Mt jean ni sebenarnya adalah tempat untuk bermain ski pada musim sejuk. Menariknya kawasan ini disediakan pelbagai tarikan mengikut musim terutama bunga bungaan. Sewaktu ita pergi dihiasi bunga matahari.




Lebih kurang pukul 3 kami bertolak balik ke Yokohama. Mengikut perancangan asal ingin ke Sano outlet tapi setelah berbincang ada family yang tidak ikut serta jadi kami batalkan sahaja ke destinasi tersebut. Setelah beberapa kali berhenti untuk berehat untuk solat dan makan. Alhamdulillah seronok rasanya dapat bercuti bersama kawan-kawan. Sampai beberapa hari juga terasa kepenatannya. Maaf buat Lia dari Iwate kerana tak sempat nak bersama-sama disebabkan suami agak sibuk terus membuat kerja yang tertunggak disebabkan bercuti dihari berkerja. Jangan kecil hati ye.. insyaallah ada rezeki dapat kita berjumpa dilain kesempatan...:)

22 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Woot woot if terjah sano outlet leh jmpa Ayu
    Next time Insya Allah
    print pics smpn Dlm album buat kenangan d masa depan auwwww
    Amie said...
    puaslah kami dapat jalan-jalan dengan Ita dimusim luruh ni.... nampak nostalgik sangat gambar-gambar tu...
    nuwairani ismail said...
    adus....cantik rupanya musim luruh ni...ingatkan musim bunga je yg cantik...nanti nak jugaklah merasa musim luruh kat sana sekali...tapi ntah bila la dapat tu...
    lizz said...
    wah sangat cantik....daun2 warna2 warni lagik gambar kat sunflower tu cantik sangat....
    Chah said...
    cantiknya bumi Allah..dapat juga saya e-pergi merasai autumn...hehehe..
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita

    Cantiknya view daun menguning... musim luruh kat sana...indah sekali!
    Ida,Japan said...
    slm ita....wahhhh, ada lagi cerita jln2 ye ita...sonokkkan, cantik sgt view2 tu
    ita...pasal lens tu, k'ida pakai lens 50 mm tu jer,tak sume pic yg k'ida amik jadi pun ita...tgk keadaan gak, kalau tak betul setting tmpt, cahaya luar tak cukup, misalnyer hari redup atau hujan, amik ikut suka, ikut dan jer pun tak jadi gak gambar k'ida tuuu...kadang2 elok, kadang2 entah apa2 gambarnyer...tapi letak jugak la dlm blog takut len kali tak sempat amik lg dah he..he
    gambar2 yg ita amik apa kurangnyer....cantik2 apa
    Lieya said...
    Waaaaa cantekknyeeee.....
    nur easy said...
    subhanallah.. cantik betul suasana autumn kan.. rindu dgn daunan merah ni
    アヌム ちゃん said...
    cantik2 pic..dekat sini daun belum merah2 pun lagi.huhu..
    Wanieyra said...
    salam ita..

    Bestnya jalan2...cantik pulak tu tempat tu
    Ketuhar Panas Yatie said...
    Salam perkenalan Ita,
    Waaah , cantiknya . Entah bilalah ada peluang nak alami situasi macam ni. Tengok melalui pengalaman kawan2 pun cukup menarik dah ni...
    izahdaut said...
    sangat cantik.. perang2 kuning. n loving family... hehee..romantik wehh
    quinnie said...
    kak ita..paling suka tengok gambar kereta cable tu...cantiknya pemandangan dia...kalau sini semua nya hijau2 belaka..hehhehe
    Maira Anjami said...
    Salam kak ita..wow!cntiknye sume2 gambar~best je tgk daun2 kuning,oren,mrh tu..
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    cantikkk!! suka betul tgk dedaunan yg dah bertukar ke kaler oren tuhhh... jgn lupa ambil & simpan daun2 kering tu utk kenang2an ye... hehehe...

    p/s: mlm td dah masuk jenguk.. tp tak sempat nak letak komen.. guna laptop kat rumah tu leceh nak menaip.. mgkin sbb dah biasa guna keyboard besar kat opis ni.. nak menaip kat lappy mcm tak syok jer sbb takleh laju2.. hehehe..
    HomeKreation said...
    Indah nya pemandangan dgn model2 yg anggun...hehe
    ijan said...
    MasyaAllah cantik sungguh pemandangan tu. suka tengok semua gambar, dari golek2 dalam daun sampailah dalam bunga matahari tu... :)
    Nieza said...
    subhanallah...sungguh cantik dan indah sekali pic ita ni...:)
    sue-sama said...
    akak. cantik gambar..tudung akak ikut tema hehehehe :)
    sue-sama said...
    kat sini momiji masih ijau...
    Hanis MY said...
    Lawanyaaa pengsan tgk best sgt2

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG