Salam semua. Sejak akhir-akhir ni makin slow update entry di blog ni.. Yang penting updatekan jangan dilupakan terus.. sayang semua gambar yang diambil tidak disimpan disini sebagai tatapan akan datang. Tentang resepi baru ada juga dicuba ada yang sempat ambil gambar ada yang tidak mana tak nya hari semakin cepat gelapnya. Pukul 5 dah gelap .. kadang pukul 5 baru siap atau belum siap urusan masak memasak menu makan malam. Ita ni kalau ambil gambar kena pastikan suasana cerah baru boleh ambil gambar sebab suka dengan cahaya yang cerah bukan cerah dari lampu malam. Jadinya bila hari dah gelap alamatnya kalau menu itu belum ambil gambar tak sempat la nak bergambar. Buat lain kali je la..:)
Hujung minggu baru-baru ini saja layan anak-anak main ditaman. Minggu lepas dah pergi dah kodomo shizen koen ni tapi disebabkan waktu tu ada picnic dengan kawan-kawan tak sempat nak jelajah semua taman ni. taman ni dekat sangat dengan rumah lebih kurang 15 minit je dari rumah.Daun-daun telah banyak yang gugur tapi pokok yang bertukar warna belum lagi sepenuhnya. Masih banyak yang hijau. Waktu kami pergi tu suhu pun tak berapa sejuk dan tak berapa panas. Elok je cuacanya.
Kebetulan waktu kami jalan dikawasan binatang untuk kanak-kanak boleh pegang tu memang tengah dibuka. Kawasan ini ada jadual sebenarnya. Jadi kalau nak kesini ada jadual yang dipaparkan di depan kawasan tersebut. Hanya kurang bernasib baik pony tak de pada hari tu.
Selepas anak-anak puas bermain dengan binatang-binatang tu kami bawa anak-anak ke taman permainan yang ada disitu. Disebabkan gelongsor tu agak tinggi kami tak biarkan anak-anak je main. Jadinya mama dan papa pun kena la main sekali.. Dah puas bermain kami jalan-jalan disekitar taman sebelum berehat dan makan bekalan yang kami bawa.
Labels: Aktiviti, tempat dilawati
ii ne... anta pikucha waa hontou kireiiiiiiiiiiii.....daisuki yo!!!!!
alaahaii momijiii rindu sgt222 nk tgk....td br plan dgn ottosan...mayb nk bercuti ke japan dlm masa terdekat nih..hihihih.....kite suami isteri mmg xle dipisahkan dgn japan dah...heheheh
Kirei ne....ader ayam hikhikhik
Plan kata gi mikang gari x jd g ker???
kodomo shizen tu zoo ya kak? saya paling suka hamster tu. hehe, dia besar... comel dipegang, tak kecik yg macam kat mesia. hehe..
seronokla mak abah pun boleh main gelongsor sekali. Saya baru nak try buaian yg dekat taman kat KLCC pun, dah kena halau ngan guard. haha..
Dan jangan lupa yaaa..nanti datang ke rumah dan sudi-sudilah kiranya mengambil award dari saya....