28 October 2011

Mari sama-sama kita menderma..:)


Salam semua. Moga hari ini memberikan kegembiraan dan keberkatan dalam diri kita seterusnya untuk hari-hari mendatang juga. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menaip disini.. Alhamdulillah.. Sebelum ita share resepi baru untuk hari ini ita nak kongsikan bersama kawan-kawan 2 link yang kita boleh lakukan untuk kebaikan diri kita dan selain membantu bagi pihak yang memerlukan.

Yang pertama adalah Projek pembinaan Masjid Hiroshima, Jepun. Ita terpanggil untuk berkongsi tentang ini kerena mambaca penulisan Nieza di Facebook.Mengikut penulisan Nieza, seorang adik yang ita kenali dulu belajar di Universiti Hiroshima dan pernah tinggal sekejap di Yokohama setelah habis belajar kerana berkahwin dengan adik di Yokohama ni dan kini mereka telah berpindah ke Kyushu kerana suami nya bekerja disana, projekMasjid ini telah bermula sejak tahun 1998 lagi. (mengikut sumber penulisan Nieza). Pelbagai bentuk cara telah dilakukan untuk mengumpul dana sebanyak 22 juta yen untuk membeli bangunan untuk tujuaan masjid ini. Baru baru ini pihak projek pembinaan masjid ini telah memenangi lelongan Masjid ini dan memerlukan wang untuk tujuan itu sebelum 24 Nov 2011. Jadi boleh la kita sama-sama membantu untuk merealisasikan projek ini dan syiar Islam dapat berkembang mekar di bumi sakura ini. Link ini adalah tulisan yang ditulis oleh Nieza dan untuk link projek tersebut disini. Untuk tujuan menderma boleh memasukkan wang ke akaun yang tertera didalam lampiran di nota ini.( sila bagitau saya jika ada sesiapa yang tidak boleh untuk membuka link tersebut.)


Sumbangan kedua yang boleh kita buat iaitu "telekung Project " yang dikelolakan oleh senior ita sewaktu disekolah dahulu iaitu Puan Azila Aziz. Usaha beliau amat murni untuk mengantikan telekung-telekung yang kotor yang telah digunakan disurau-surau dan dibasuh dan meletakkan kembali telekung bersih supaya telekung itu sentiasa bersih dan mereka yang menggunakan untuk solat lebih selesa. Sumbangan ini menerima telekung yang telah dipakai dan juga telekung baru. Untuk itu boleh pergi ke link disini untuk berurusan dengan Puan Azila Aziz. Moga usaha murni beliau akan sentiasa dipermudahkan.

5 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    InsyaAllah Ayu doakan mereka mampu membina masjid di sana....mmg dok ingat nk buat n3 gak...hope ngan sedikit sumbangan ikhlas mampu membantu....semoga Islam terus berkembang ngan terbinanya masjid2 di Japan ini.
    Mieza said...
    Semoga masjid ini akan terbina di sana..insyaAllah..masa kat US dulu nak cari masjid mmg susah..cuma rumah biasa diconvert menjadi masjid..
    ijan said...
    Semoga projek ini akan berjaya insyaAllah...
    Pen Biru said...
    kawwan sy yg dok kt hiroshima pun ada kempen jugak utk kutip derma bg masjid ni..harap2 projek ni dapat sambutan..jomla kita sama2 tlg
    Mamasya said...
    usaha yg murni...semoga projek ni berjaya....

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG