03 October 2011

Kek Princess langkah demi langkah



Salam semua. Apa khabar.. Moga semuanya sihat-sikat dan ceria-ceria selalu. Hari ini, baru ada kesempatan nak masukkan langkah-langkah tentang kek princess fathnin tempohari. Walaupun amat amatur dalam menghias kek Alhamdulillah dapat juga ita siapkan kek fathnin tu walaupun hati ni dup dap dup dap sebenarnya waktu nak hias tu. Ini adalah kali pertama ita buat kek Princess ni.



Seperti biasa ita suka tanya dia nak kek apa untuk birthdaynya. Jadi bila dia jawab nak kek princess je ita terus rasa mampukah ita nak buat.. Tapi dalam pada itu beli juga bahan-bahan untuk buat kek tu.. ita kata pada diri sendiri bila masa lagi nak cubakan.. jadinya ita sahut cabaran ini untuk tahu sejauh mana kemampuan ita. Lagipun Fathnin yang minta tentu dia suka je kalau keknya jadi.ita dah berangan-angan nak buat kek princess muslimah tapi tu la kita merancang je.. kemahiran ita belum sampai ketahapp itu lagi .. Ita dah cakap pada fathnin yang mama tak pernah buat jadi kalau tak cantik kakak jangan kecil hati ye..:)



2-3 hari ita study macam mana nak buat kek ni. Ita kumpulkan kekuatan. Ita tengok youtube dan cari cara-cara nak hias dan gunakan nozel dengan betul.. alhamdulillah zaman serba canggih banyak panduan yang ita dapat. Walaupun hasil kek yang ita buat tak la secantik bakery namun ita cukup puas hati bila suami dan yang penting Fathnin suka sangat. rasa terbalas 2 hari asyik terfikir-fikir je nak buat macam mana kek birthday ni. Jadinya untuk panduan ita dimasa depan dan bagi mereka yang pertama kali untuk buat kek seperti ini ita kongsikan disini langkah-langkah yang ita buat. Maaf ita memang nak ambil gambar semua langkah tapi sebab seorang je buat waktu ni tak sempat rasanya nak pegang kamera. jadinya ada sikit-sikit je mana yang sempat.



Video dibawah ni memang sangat berguna buat ita.. walaupun ita tak ikut 100% tapi banyak tips yang ita dapat untuk ratakan kek dan lapisan kertas dibawah kek untuk pastikan kek tak comot dibahagian bawahnya.




Bahan-bahan

Barbie doll atau boleh beli yang di khas untuk kek ni di kedai bakery ( ita beli barbie doll)

kek span atau kek kegemaran yang bersesuaian seperti kek coklat, kek span, kek butter. ( ita buat kek span)

Fondant jika ingin hias dengan fondant- ita buat sikit untuk bajunya dan tudung mulanya nya.

butter cream secukupknnya.- resepi butter cream yang selalu itakan alhamdulillah ita suka dengan bancuhan ini.

hiasan yang sesuai seperti gula manik, fondant atau apa2 yang sesuai.


Langkah 1

Resepi untuk keknya.( ita cari kek chiffon yang sesuai disebabkan ita tak pernah buat kek ni jadi ita nak cuba buat)

KEK CHIFFON OREN
Resepi Asal : Gert @ My Kitchen Snippets
Sumber : Che Mat @ DTS

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*) ita guna tepung gandum ita tambah 1 sudu kecil baking powder
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

* untuk kek ini ita masukkan dalam acuan-acuan seperti dibawah ni.. sepatutnya kena 1 1/2 adunan baru cantik tinggi disebabkan dapat rendah sikit ita tambah satu lagi kek coklat untuk acuan saiz kecil ditengah-tengah tu.



Langkah 2

  1. Setelah kek sejuk bolehla di cantumkan kek ini dengan menyusunkannya seperti bentuk gaun princess.
  2. Potong bahagian yang tidak berkenaan dengan membentuknya seperti bentuk gaun princess.
  3. Ita ukur barbie doll dengan ketinggian kek untuk membuat lubang ditengah-tengahnya.setelah itu lubangkan dengan pisau dengan berhati-hati.
  4. Cantumkan kek dengan adunan butter cream atau whipping cream. untuk kek ini ita cantumkan dengan whipping cream bagi setiap lapisan dan ita ratakan luarnya juga dengan whipping cream.
  5. kemudian simpan kek ni didalam peti sejuk selama 3-4 jam atau semalaman.

Langkah 3

  1. Ambil barbie doll dan balut dengan plastik semua badannya supaya tidak kotor dengan kek.
  2. Untuk kek ini ita hias dengan fondant jadi ita buat bentuk bajunya dengan 2 ton warna fondant. Bagi ita yang amatur membuat fondant sendiri ia bukan sesuatu yang mudah untuk membentuk bajunya.
  3. Ita canaidan balut dibadannya, ita kemaskan dengan pisau kecil.
  4. Boleh mencorakkan bajunya dengan kreativiti masing-masing

Resepi ini dari http://damira.fotopages.com

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat

15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung
(bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.



Tips dari blog tersebut:

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.



Langkah 5


  1. Sediakan butter cream.
BUTTER CREAM
Resepi : damira fotopages

Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

  1. Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk nampak keras dan sesuai untuk di lepa dengan butter cream keluarkan dan bolehla memulakan proses untuk melepa.
  2. Sebelum meletakkan butter cream lapikkan dibawak kek dengan baking paper di potong memanjang. Buat 4-5 keping dan sisipkan disekeliling kek. ( untuk lebih jelas boleh lihat youtube yang ita sediakan)
  3. Letakkan butter cream di sekeliling kek pastikan semua bahagian kek ada butter cream. ketebalan mengikut kesesuaian.
  4. Ambil sehelai kertas( untuk ini ita guna baking paper ) dipotong segiempat tepat.




  1. Dari arah bawah kek dan kedua-dua tangan pegang kertas tersebut tarik kertas keatas. Nanti akan dilihat bahagian butter cream tersebut rata. ( untuk lebih jelas lihat youtube yang ita sediakan diatas)




  1. Setelah agak kemas. Masukkan barbie doll yang telah dihias dengan fondant tadi.




Langkah 6

  1. Mula menghias mengikut design gaun princess masing-masing. Untuk membuat ropol di gaun tersebut gunakan nozel untuk membuat petal/ kelopak bunga.




  1. cara ita yang amatur ini ita tandakan dengan lidi di gaun untuk membuat setiap hujung renda supaya sekata.
  2. setelah itu bolehla dihias dengan bunga fondant atau hiasan manik yang lain.

langkah 7

  1. Setelah siap bolehla menambah untuk menghias kek tersebut dengan riben atau sebagainya untuk mencantikan kek tersebut.
  2. Untuk hasil butter cream yang lebih baik boleh disimpan didalam peti sejuka sebentar.
  3. kek siap untuk dihidang.







35 Comments:

  1. Cheq Sue said...
    ita, cheq sue pun guna kek sifon che mat tu..memang sedap kan.
    Kak Sam said...
    Tahniah!!!!!
    Suka tengok.
    Fazlinil Irma said...
    waahh.. sy pun teruja tgok kek princess akak. princess angkat tangan seperti meraikan kejayaan akak dapat buat kek. hehe.
    HomeKreation said...
    Salam Ita. Bagus info yg Ita kongsikan ni. Baru tau boleh guna patung biasa tu. Along guna patung yg takda kaki tapi ada jarum utk cucuk ke dlm kek. Next time boleh cuba cara ni tuk kek Liana. Thx Ita cayang!
    Nieza said...
    wah sungguh kreatif la ita...kena ada kesabaran sama utk membuatnya...apapun tahniah cantik dah la tu..:)
    Along Maklong said...
    cantikkkk..!!
    kreatifnya ita ni..
    maklong teringin nak cuba..
    tapi takut tak menjadi..
    yatie chomeyl said...
    kat sini xde jual fondant yg dh ready made ke eh kak ita? saya malas sikit part nak uli sendiri fondant tu eheheh
    Amie said...
    Selamat pagi Ita,
    Kak Amie tabik habislah dekat Ita sebab Ita punyai tahap kesabaran yang sangat tinggi dalam menghasilkan sesuatu.... tengoklah Kek Princess tu...salah satu buktinya, tentu rasa amat puas hati ye Ita...
    ibundo said...
    cantiklah ita...
    mesti anak tu happy.
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    nangesss tgk
    rasanyer ayu x sesabar akak la
    nak cake ni....renyah giler
    ni boley buka kedai kek ni kak
    sugoi....tabik hormat gituew
    Pen Biru said...
    ish..kalau dah cantik cmni, nak makan pun sayang
    Ayu said...
    Assalam ita,
    waduh cantik kek princess mu itu..akak pun dulu pernah cuba buat kek princess, pun melalui tengok youtube juga..heheh nak pergi class, mahal..haha so belajar tru utube free..hehe
    Hanis MY said...
    Erk... Pengsannya... Suka tgk gambar tu seme... Mcm ssh sgt nk buat... Kak ita hebattt sgt...
    Sue @ Nenie said...
    Salam Kak Ita..Wahhh ilmu yang berguna untuk dikongsi bersama...Thanks untuk panduan itewww....

    Apa-apa pun tahniah sebab berjaya menyahut cabaran Fathin
    quinnie said...
    rajinnya ita deco2 kek ni..saya part mendeco ni paling malas...hehhehe...
    Mas said...
    cantiknya ita kek princess tu..
    pandai ita mendeko..
    klu mas..entah rupa apa yg jadi..he3
    mas tak berani lagi mendeko kek ala gini..
    tahniah ita...
    boleh buka kedai dah tu..
    E-na Lovely Kitchen said...
    congrate ita dah berjaya buat kek princess! sugooooiii....x lembik ye buttercream ita tu boleh bentuk?
    Juwita Jamaludin said...
    sue.. alhamdulillah suami kata sedap..

    kak sam.. terima kasih kak
    Juwita Jamaludin said...
    irma.. terima kasih sebenarnya nak buat dia julang tulisan happy birthday tapi rambutnya tingga sangat tak boleh

    along ..ita ambil dari outube tu guna doll macam tu.. tu yang beli macam tu .. lepas maka kek leh main2
    Juwita Jamaludin said...
    nieza.. tak juga kak sabarnya.. hihi takut ada la.. tapi alhamdulilla Allah permudahkan

    mak long.. cuba je insyaAllah boleh.. kadang kita tak tahu kemampuan kita
    Juwita Jamaludin said...
    yatie.. tak tahu la.. kalau jumpa yang wilton tapi akak buat sendiri sebab tak pernah jumpa

    kak amie.. terima kasih kak.. tinggi sangat pujian tu.. mana ada kak cuba gak buat untuk anak kak
    Juwita Jamaludin said...
    ibundo.. terima kasih

    ayu mana leh lagi.. ni comot2 ni .. nanti tak de orang tempah bankrap bakery hahahhaa
    dZana said...
    waaah.. trnganga akak tgok kek ita ni.. cantik n msti tekun n teliti menyediakannya..
    Juwita Jamaludin said...
    Pen biru .. thanks singgah.. alhamdulillah anak suka

    Kak ayu.. alhamdulillah menjadi juga kek saya kak.. anak suka dah happy tapi memang teringin nak belajar buat2 kek ni
    Juwita Jamaludin said...
    hanis.. tak la hanis biasa2 je.. tingginya pujian..

    sue.. alhamdulilah yang penting anak suka
    Juwita Jamaludin said...
    quinnie.. bukan rajin terpaksa rajin

    mas.. saja mas.. kalau kat msia tak tah sempat ke tak buat semua ni

    kak ena.. ita memang dari dulu guna resepi ni kak.. alhamdulillah suka BC ni sebab senang lepa kak.. ita guna gula powder tau kak
    Mamasya said...
    Ita..puas hatikan dpt buat sendiri kek princess idaman puteri kesayangan....berbaloi penat membuatnya...
    Mieza said...
    ya allah ita..cantiknya kek princess ni..akak nak try gak wat utk besday anak perempuan akak yg sgt notty tu..suka sgt tgk utube tu..sukerrrrr...dah cantik sgt dah tu ita..kalau akak belum tentu boleh jadi mcm ita buat...tahniah!
    アヌム ちゃん said...
    wah rajin betul akak mmbuat kek princess utk dotter tersayang ni..untung dpt mak pndai buat kek.huhu..
    Ida,Japan said...
    rajin sgt la rajin ita ni...siap buat fondant paste sendiri, pas tu wat butter cream pulak...k'ida dulu semua buat guna whipping cream jer ita..sbb malas, tapi kalau butter cream lebih stable dan boleh simpan utk diguna nanti...nanti leh la k'ida try resepi butter cream yg ni...beberapa hari lg b'day si kakak..pas tu.pssst cantik sgt kek tu
    izahdaut said...
    mmg berseni la tangan ita main butercream. kalau saya huiii naik giveup rasanye. hehe
    kzai said...
    ketif nya mama fathin...cantik doll..untung fathin ada mama yg rajin mcmni kan...tentu fathin seronok..
    N.U.R.U.L said...
    rajin nya awak kan...menjadik lak tuh :)

    nak kasi awak award la..if ada kelapangan nanti amik kat blog nurul yer http://momwithapron.blogspot.com/
    Cendana Kasih said...
    kreatif Ita..rajin plak tu...kalo akak, mintak maap ler bebanyak...tambah plak nk bermain dgn buttercream tu...mmg takde talent langsung...lepas ni Ita dah boleh amik order ni..
    Nur-nba said...
    Tersenyum lebar anak dara akak tu dapat kek princess. Rumit sungguh cara membuatnya tu.. Kagum dengan kegigihan akak, dan akhirnya berjaya juga. Tahniah kak.. Banyak yg kita boleh belajar dr youtube kan..

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG