Salam semua. Ita nak cerita lagi tempat menarik yang ita pergi di Nikko. Selepas kami ke Senjogahara kami ke Kegon Fall. Kegon Fall adalah diantara air terjun tercantik di Jepun. Untuk ke Kegon Fall dari Senjogahara kami kena berpatah balik melalui Tasik Chuzenji dan terus ke Kegon Fall. Disini terdapat tempat letak kereta berbayar iaitu 310 yen sekali masuk. Di kegon Fall terdapat kawasan untuk melihat air terjun dari atas tapi jika ingin melihat air terjun dari bawah pula terdapat elevator untuk ke bawah. Untuk kebawah menaiki elevator setinggi 100 meter ini perlu membayar 530 yen seorang untuk tiket pergi balik.
Setelah mendapatkan tiket di kaunter kami terus beratur untuk menaiki elevator yang disediakan. Keluar sahaja dari elevator kami perlu berjalan dan menuruni tangga untuk ke kawasan yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar keadaan sekeliling air terjun ini. Kawasan ini sangat cantik tambahan disekelilingnya hutan berwarna warni yang menyegarkan mata.. SubhanAllah..:) Indahnya cipta Allah S.W.T. Setelah puas melihat dan mengambil gambar kami menaiki elevator untuk ke atas dan mencari tempat untuk kami makan tengahari. Untuk menu makan tengahari ini kami makan bekalan yang ita dan adnin bawa iaitu nasi, ayam masak kicap, ayam masak merah, coleslaw dan mee goreng. Alhamdulillah setelah kenyang kami meneruskan perjalanan ke tempat menarik seterusnya iaitu Tobu World Square.
Untuk ke Tobu world square dari Kegon fall lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami bertolak dari Kegon Fall lebih kurang pukul 1.15 tengahari sampai di kawasan tobu world pada pukul 2.05 petang. Disebabkan kawan kami Nik yang baru sampai nak bersama-sama ke Tobu world jadi sementara menunggu nik kami mencari kawasan untuk solat ditempat parking kereta. Disebabkan agak lewat nik sampai dan Tobu world tutup pada pukul 5 jadi kami masuk dahulu ke dalam untuk melihat bangunan-bangunan menarik didunia. Untuk masuk ke dalam Tobu World tiket 2500 yen bagi dewasa dan kanak-kanak 4 tahun keatas perlu membeli tiket 1200 yen. Di dalam website Tobu world disediakan tiket diskaun yang perlu di cetak untuk membolehkan mendapat diskaun 500 yen seorang.
Tobu world adalah tempat dimana terkumpul bangunan-bangunan terkenal didunia yang telah dikecilkan saiznya sebanyak 1/25. Pelbagai jeniis bangunan ada disini. Jika kesini seperti mengelilingi dunia dalam masa beberapa jam. Hanya yang kurang selesanya banyak dari bangunan-bangunan tersebuat adalah gereja. Hanya satu sahaja Masjid yang terdapat didalam senarai bangunan-bangunan terkenal ini. Jumlah bangunan kecil ini adalah sebanyak 102 bangunan. Kita boleh mengambil gambar dan melihat binaan bangunan seakan-akan bangunan yang asal. Tepat jam 5 kami keluar dari kawasan ini dan hari pun semakin gelap. Kami meneruskan perjalanan ke Cottage yang telah ditempah oleh kawan suami. Sampai sahaja kami dicottage yang amat selesa seperti rumah kecil kami terus ke Cottage Aliza untuk memulakan aktiviti bernabe bersama-sama. Aliza mengambil cottage yang besar disebabkan ibubapanya juga ada sekali bersama. Amat selesa cottage aliza.. ita tak sempat nak mengambil gambar cottage aliza disebabkan kepenatan..
Labels: Nikko, tempat dilawati
Asal dekat jer
Selalu suka jln luar dr tochigi ngeee (。-_-。)😊😜
mati2 ingat cikgu dah pergi Beijing bila tgk gambar kt facebook baru2 nih.. ;p