Salam semua. Selamat berhujung minggu buat semua. Hujung-hujung minggu macam ni tentu banyak yang membuat aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Tentu ada juga yang menghadiri rumah terbuka kerana syawal masih adakan..:)Ita ada 2 jemputan rumah terbuka terpaksa ditolak minggu ni, disebabkan suami ada tugasan yang lebih penting pada hari selasa ini. Jadinya kena bersedia untuk ita.. Good luck abang..:)
Puding yang ita buat minggu lepas sebenarnya permintaan fathnin yang suka dengan resepi kak Nor Strawberry Fruiti Cristal pudding. Jadinya disebabkan tiada strawberry ita guna mangga seperti dalam resepi asalnya yang memang menggunakan mangga. Ita guna mangga dalam tin je. Untuk resepi ini ita galakkan bagi yang ingin mencuba menggunakan mangga yang manis jika menggunakan mangga yang masam boleh la ubah mengikut selera kandungan gulanya tu. Itu bagi pendapat ita yang telah mencuba lagipun kak nor pun ada sebut dalam resepi tu.
Okla jom kita lihat resepinya. Resepi dari kak nor secubit garam. Ita buat setengah adunan je. Terima kasih kak ita kongsikan disini ye.
Puding Mangga Kristal
Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
5gm serbuk agar2
600ml air
5 sudu besar gula
buah mangga ~ dipotong kiub
Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2
500ml air
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula ~ bergantung pd manis mangga
120ml puree mangga
Cara :
Lapisan puding (bawah)
Utk membuat puding mangga kristal:
Labels: puding
betul tu.. gula kena bergantung pd tahap kemanisan mangga.. kalau mangga dah manis tak perlu lebihkan gula kan.. kita rasa dulu puding tu ikut selera kita baru kita bekukan/keraskan..
mekasih sekali lg ya.. :)
sue.. mana ada biasa2 je.. sue pun apa kurangnya..
kak nor. terima kasih atas resepi yang sedap nanti nak selongkar lagi rumah akak
Berbinau biji mata Tgk ni kaka
Oishii sou
Mcm nk tadah tgn Mintak jerrr
Gerammmm plus mango mmg fav
wah ita pun dh wat kek karamel..dulu akak pernah gak wat sekali..dh lama x wat...tingin plk
tengahari panas begini singgah di rumah Ita.... ada hidangan PMK....sejuk rasa di tekak nih!
maklong tergoda tau..:)
cantiknya puding mangga kristal yg ita buat tu... sukanya akak tgk... mmg fav kalau bab mangga nie tp kena suh org lain kupaskan tuk akak ler.. hehehhee... suka2!!! cantik + menarik!