Salam semua. Alhamdulillah sudah beberapa hari syawal menjelma tapi mood nak update blog merudum pula. Nak kata sibuk beraya tidak juga hanya hari pertama sahaja rasa suasana itu hari kedua sudah menjalani kehidupan seperti biasa.Kalau di Malaysia tentu sedang sibuk membilang rumah yang ingin dikunjungi tambahan ita dan suami sekampung jadinya banyak rumah saudara mara sebelah ita dan suami yang ingin dikunjungi. Rindunya suasana itu.
Walaupun begitu pada hari raya pertama tahun ini ita dan keluarga sempat ke Kedutaan Malaysia di Tokyo. Seawal 6.30 pagi kami bertolak dan jalan agak sesak disebabkan hari berkerja. Alhamdulillah masih ada parking disekitar kedutaan untuk kami. Di kedutaan ramai kawan-kawan sudah sampai dan bukan rezeki kami baru sahaja masuk ke dewan solat, solat sunat Aidilfitri pun selesai.. Pertama kali terlewat untuk bersama-sama menunaikan solat sunat ini bersama-sama di Jepun ini, bukan rezeki kami nampaknya tahun ini.
Papa..
mama dan Adnin( thanks to mariam atas gambar ini)
Fathnin
Fateh
Selepas habis sahaja solat tengok ramai yang menuju ke atas untuk jamuan hari raya. Tahun ini hidangan yang disediakan ditempah dari kedai pakistan. Semua menu ala-ala menu dikedai pakistan yang kami selalu makan.. iaitu nasi beriayani, samosa, roti nan, kari dan beberapa jenis yang ita tak biasa tengok, dan dihujung deretan makanan itu terselit nasi impit dan kuah kacang. Lupa nak ambil semua makanan tu..
Gambar sekeluarga dipintu masuk kedutaan ( muka menahan panas matahari)
dengan kawan-kawan
Sambil makan sempat bersembang-sembang dengan kawan-kawan disini dan bergambar. Ita dan kawan-kawan disini ada bawa sedikit juadah raya untuk berkongsi bersama rakan lain sekadar memeriahkan suasana raya. Tak banyak gambar yang sempat diambil sebab sibuk bersembang, sambil makan dan layan anak-anak. jadi nya apa yang ada je.. lagi pun banyak gambar ita di kamera orang dari kamera sendiri sebenarnya.
sebahagian yang Aliza bawa
lemang jagung dan nasi impit ita bawa
sebahagian yang adnin bawa
Kami menunggu diKedutaan sehingga selesai solat zohor. Selalunya lepas raya dikedutaan ita dan kawan-kawan ada program yang kami lakukan. Tak seperti raya dimalaysia tentu sibuk untuk menziarahi rumah saudara mara.. disini jika tiada jemputan balik la kerumah masing-masing atau buat apa yang patut bersama kawan-kawan. Tahun ini ita dan kawan-kawan pergi main bowling. memang tiap tahun kami ada je programnya lepas raya di kedutaan ni. Boleh tengok di entry-entry sebelum ni. Selesai main bowling baru pakai balik baju raya dan beraya ke rumah terbuka pertama tahun ini iaitu rumah kak June. Terima kasih kak atas jemputan :)
Fathnin tak dapat main pegang bola pun jadi la..
skor tertinggi kami.:P
Sebelum balik ambil gambar dulu..:P
Baju raya pow lawa...
Nk main bowling gakkkk (#^.^#)
walaupun jauh dari tanahair, bila dapat beraya bersama rakan2 best jugak ye...
meriah jugak beraya kat embassy kan..
cuaca pulak panas.. macam kat m`sia je rasanya.. :)
seronok akak tgk sambutan raya kat sana yer ita... meriah sungguh...wah p main bowling yer... akak dah bertahun2 x main.. :D
Maaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita ya..akak ambik kad raya tu thanks dear.
Maaf, saya akan ke Yokohama pada 10 September ni. Agaknya cuaca macam mana ye? Tk.
Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.
http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html
hanis.. saja je main bowling.. hihihi
anum.. tula nak gi jauh sangatkan.. tak pe lain kali ada peluang datang ye
kak pi.. insyaAllah kak doakan dipermudahkan urusan study Fariz..:)kita merancang Allah yang maha kuasa menentukan.
mak long.. tula panas... memang macam msia..:)
kak ayu.. selamat hari raya juga
kak ayu.. terima kasih kak selamat hari raya