Salam semua. Alhamdulillah hari ini genap Fathnin Farisa Binti Fariz berumur 6 tahun. Mama dan papa doakan moga Fathnin jadi anak solehah, Taat pada Allah dan ibu bapa, berbakti pada agama, bijak pandai serta semua kebaikan untuk mu sayang. .. kami amat menyayangimu..
Untuk birthday Fathnin ni ita tanya dia nak kek apa. Dia kata nak kek Princess jadinya jenuh juga mama nak buat sebab ita tak pernah buat. Beberapa hari juga fikir dan ita search di Youtube.. alhamdulillah berkat galakan suami dan Fathnin akhirnya dapat juga siapkan kek ni pagi ni. Bangun pagi-pagi buat sebab semalam ita dah siapkan keknya bakar tinggal hari ni nak deco je.fathnin bangun tidur terus dia happy nampak keknya dah siap.InsyaAllah akan kongsi cara ita buat dan website youtube yang ita ikut amat membantu.
Mengingatkan kelahiran Fathnin yang amat membawa seribu kegembiraan pada kami. Sebab sebelum mengandungkan Fathnin ita dah 2 kali mengandung dan gugur. Sedih sangat dan waktu mengandungkan Fathnin ita tak boleh memandu, naik tangga dan pergi kursus. Ingat lagi banyak cabaran yang ita tempuhi. Masuk hospital pun 2 kali sepanjang mengandung sebab alahan yang teruk.. Kawan-kawan ita di Sekolah Teknik Bukit Piatu, Melaka waktu tu banyak sangat memahami keadaan ita.. Terima kasih sangat. Dirumah pun ita duduk dibawah je suami yang naik atas untuk ambil semua baju2 ita dibilik tidur..Terima kasih abang.. alhamdulillah 8 bulan mengandung baru boleh buat semua yang ita tak boleh buat pada awal tu. Disebabkan dah lebih hari ita kena induce. tapi jalan tak buka selama 22 jam dan akhir nya takut Fathnin punya heartbeart lemah ita di cadangkan untuk dibedah sahaja.. Alhamdulillah selama 3 tahun setengah penantian sejak berkahwin kami dikurniakan seorang permata hati yang amat disenangi. Moga Fathnin akan menjadi anak yang mulia akhlaknya dan berjaya dunia dan akhirat..:)
InsyaAllah petang ni nak sambut birthday Fathnin secara dalam family je. Lagi pun hari ni suami ita ada presentation D3nya.. good luck papa... kami tunggu papa balik nak potong kek sama-sama. InsyaAllah akan share gambarnya nanti untuk tatapan Fathnin dimasa akan datang..:) Sebagai hadiahnya jika esok cuaca baik nak bawa fathnin ke Disneyland sebagai hadiah harijadinya dan itu pun permintaannya juga..:) Lagipun lama dah dia minta nak ke disneyland..
Labels: birthday
Wah tahniah Ita dh berjaya buat kek yg cantik ini....alahai sesuai utk Fathin yg comel ni.
Selamat Hari Jadi buat Fathin,moga doa ayah & ibu dimakbulkan Allah.Mudah2an Fathin berjaya didunia dan akhirat serta menjadi anak yg soleha.
auntie aminkan doa mama ye!
semoga menjadi anak soleha berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat...
kek mama buat cantik sangat!!
bestnye hadiah dpt gi disneyland..hehe
Happy Birthday Fathnin..Semoga menjadi anak yanh solehah dan berjaya didunia dan akhirat..Amin..
Mesti happy ceria jer dapat kek special yeaaa...
uwaaa tahniahlah sbb berjaya buatkan kek barbie doll yg sangat cantik buat Fathnin...tentu Fathnin gembira sangat dan berbangga mempunyai mama spt Ita..btw, Happy Birthday to Fathnin Farisa, moga pnjng umur, murah rezeki, sihat selalu, menjadi anak yg solehah dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Aminnnn..
*Bila nak mai sini Ita, betul2 saving u all. hehe..
Ita, itu kek barbie doll buat sendiri eh...masyaAllah cantiikkk...!
happy birthday fathnin =))
cantik kek Ita buat..macam pro
Happy Birthday to Fathin...Semoga sukses dan membesar menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapa....
Waahhhh..dia nyer barbie dolll nampak cute sangat....
Lama nyer mama tak buka blog n BW..hehehe Cantik n pandai Ita buatkan bday kek utk Fathnin :)
Happy Birthday Fathnin yg ke 6thn semoga menjadi kebanggaan ibu & ayah :) Amin
kak Azlita.. terima kasih kak.. suka sangat dengan doa itu .. amin
Ayu.. alhamdulillah ayu.. keras tangan mama dia ni .. happy bila dia suka sangat
gee... ye kak terima kasih..:)
nani.. tula bangun tidur je mam terus bergambar hahaha.. senyum je dia bila tgk kek tu
As..mana saving nya duk bando ni As.. hahah memang teringin nak gi tapi tak tahu bila fariz kata winter nanti..:)
nur.. terima kasih atas doa itu
sooha da.. terima kasih atas ingatan .. baru pertama kali cuba herot berot..:)
terima kasih ye atas ingatan tu
kak ena.. kak ena.. akak pn sama ke.. huhuuh sedih kak.. alhamdulillah dapat buat walaupn takut kak mulanya
mama.. terima kasih mama.. alhamdulillah menjadi jga walaupn herot2
kak pi.. tula sekejap je.. memang kalau ingat mengandung anak2 ni rasa tak sanggup nak cubit pn sebab susah payah..:) thanks kak
Kak Ita, Kak ita duduk dekat mane ek kat jepun?
semuga membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak, cergas & cerdas & baik budi bicara..berjaya dalam apa lapangan didunia & akhirat dan menjadi kebanggaan ibu & ayah ya..cantik kek mama buat ada lagi tak tu?..kasi auntie sikit..
happy birthday fathnin farissa.
auntie hannan doakan semoga menjadi anak yang solehah, cemerlang dalam kehidupan, dan berjaya dunia akhirat.ameen ya rabb~
p/s : sgt inspiring betul blog cikgu ni.cikgu, try wat pavlova plak.hee~
ex-anak murid,
SMTJ (4a3-5a1) =)
cantik kek mama wat tu..kretiv mama fathin
Happy birthday Fathin!.moga besar berjaya jadi anak yg berjasa dan soleh..Comeii kek princess Fathin...cute cam Fathin..pandai mama Fathin buat.
tahniah ! ...
x sangka lahhh
& happy bday buat fathin .. semoga jadi anak yg solehah ya .. dan semoga segala impian ayah bonda di makbulkan allah .. aminnn ! :)
Semoga menjadi anak yg solehah dan disayangi oleh org sekeliling nya
*kak ita..sila buka kelas deco kek..okes...jue nk register..
moga jadi anak yg baik.. menjadi kebanggaan mama n papa fathnin.. berjaya dunia dan akhirat.. Amin..
wah cantik kek fathnin yer... suka aunty tgk.. pandai mama fathnin buat kan... cantik sesangat!
sue.. terima kasih sue..akak tinggal kat yokohama
kak ayu.. kak ayu thanks kak..atas doa tu
thanks kak hannan.. mudanya nak panggil auntie.. hihihih hanan memang plan nak buat pavlova tapinya tunggu ada strawberry dulu
ijah thanks
kak ieda.. thanks kak ieda.. tak pandai buat kak ikut youtube je
izah.. dalam gambar je nampak besar kat luar keci je dia ni
kak diana.. terima kasih kak atas doanya tu..:)