27 September 2009




Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Fathnin, selamat hari jadi.. Moga jadi anak yang solehah, bijak, mendengar kata mama papa, mengikut suruhan agama, panjang umur murah rezeki dan bergembira selalu. Mama dan papa amat menyayangi mu sayang.. hari jadi fathnin hari ni tapi disebabkan semalam ramai yang ada disini sempena kawan kami yang ingin pulang terus ke Malaysia jadi ita buat sambutan birthday Fathnin semalam.







Seronok rasa dan yang paling seronok Fathnin sebab dapat potong kek. Kek fathnin kali ini adalah hasil kreativiti papa yang hias. Mama sekadar touchup sikit-sikit je. Yang lain papa yang buat. Boleh tahan papa ni bila bermain dengan icing kek. Disebabkan kartun kegemaran fathnin adalah Winnie the pooh jadi papa lukiskan pooh atas kek tu. Thanks papa buat kek yang cantik untuk fathnin. Resepi kek ni leh tengok kat sini




Asakusa, Japan

Baru brkesempatan nak upload cerita ke Asakusa pada hari raya yang lepas. Sekarang dah masuk autumn siang agak pendek jadi terkejar-kejar rasa nak buat suatu tambahan ada beberapa urusan yang berlaku minggu ni. Insya Allah jika semua selesai nanti akan aktif berblog macam biasa. Harap-harap ada la masa tu.. rindu rasa dengan blog dan kawan-kawan.

Lepas raya di Embassy minggu lepas kami sempat ke Asakusa. Disini tempat pelancongan yang terkenal juga. Kalau nak beli souvenior baik datang sini. Macam-macam ada. Hanya sediakan duitnya sahaja.











22 September 2009

Raya di Kedutaan Besar Malaysia


Bergambar di hadapan kedutaan besar malaysia

Selamat hari Raya Aidilfitri semua. Setelah seminggu lebih menyepikan diri disebabkan masa yang agak terhad untuk menikmati penghujung Ramadan tahun ni. Baru berkesempatan untuk memasukkan cerita raya di Kedutaan Besar Malaysia, di Tokyo Japan. Alhamdulilah hari yang seronok dan meriah dengan kawan-kawan. Ramai rupanya rakyat malaysia di japan ni.. itu pun ramai yang balik malaysia sempena tiket MAS murah.


Sebahagian rakyat malaysia yang ada di japan

Kami mula bergerak dari rumah ke Tokyo jam 630 pagi. Naik train di Yokohama jam 722 pagi.. jadi sempat sampai di kedutaan jam 810 pagi. Seronok sebab sempat untuk solat hari raya.

sambil tunggu bas


Dalam train

selepas solat ada khutbaah raya dan ada jamuan raya sikit.. kami keluar dari kedutaan selepas solat zohor.
dari kiri Adnin, Myra, ita dan As, isteri2 warga UteM di Japan


Seronok dapat jumpa kak nor dari Toyama.


Geng yang selalu bersama :)

13 September 2009

Nasi Ayam Penyet



Salam.. kawan-kawan ramai yang dah berbalang kuih raya.. ita ada juga buat tapi dah nak habis pun ada.. hihiii.. macam kena buat lagi je.. So hari ni nak share menu yang lama KIV ..sedap nasi ayam ni.. suka sangat.. nak buat pun senang.. resepi amik dari blog mama ijan.. hihhi..

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.

* 2 keping tahu – potong dadu
* 1 paket tempe – potong nipis
* Sedikit tepung beras.
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi-yg nie resipi ijan juga. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

* 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
* 3 ulas bawang putih
* satu btg kayu manis
* dua biji buah pelaga
* satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
* sedikit butter
* garam
* separuh kiub pati ayam/daging
* 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Kutip Kad Raya


salam semua.. harini nak kutip kad raya dari kawan2.. banyak sungguh kad yang tak dikutip.. harap dah kutip semua.. huhuhu.. kalau ada yang tak terkutip tu minta maaf ye.. insyaAllah teringat nanti ita datang kutip lagi.. Terima kasih kawan-kawan diatas ingatan pada ita...













09 September 2009


Seronok sangat dapat barang yang dipos oleh yong, Jef dan mak dari Malaysia. Diorang kesian pada ita sebab tak merasa nak makan kuih raya.

Ini adalah kuih raya favorite kami sekeluarga. Kalau di malaysia nak raya je suami ita akan beli kuih almond london dan almond yang white chocolate tu untuk kami sekeluarga makan waktu berbuka.. jadi diorang ingat pada kami waktu balik berbuka di kampung baru-baru ni.. sedihnya dengar.. terharu pun ada... Dalam kotak pos tu bukan sahaja ada kuih raya tapi ada macam-macam seperti serai, kunyit, daun pisang, daun pandan dan kerepek. Thanks sangat pada yong dan yeop sebab susah-susah poskan pada ita.. ita amat menghargainya.. ini ada beberapa video untuk yong dan keluarga malaysia yang rindukan Fathnin dan fateh.. video


video video

Lepat pisang



Lepat pisang.. dah lama nak makan tapi tak sanggup nak beli daun pisang yang mahal kat sini.. huhuhuhu.. jadi semalam kakak ita ada poskan barang termasuk la daun pisang ni.. hehehe.. best sangat dapat buat.. terima kasih Yong.. walaupun daun pisang tu dah tak segar tapi boleh juga buat lepat ni.. resepi dari CMG tapi ita c& P dari dapur kak hana.

Bahan-bahan

* 700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
* 70 g gula melaka, dihancurkan
* 1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
* 3/4 camca teh baking powder
* 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
* Secubit garam
* Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai

Cara-cara

1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Cek Mek Molek


Juadah berbuka semalam. Sedap kuih ni. Sebenarnya di jepun ni baru pertama kali makan. Sebab berjiran dengan orang kelantan.. hihihi. kuih ni kuih orang kelantan. resepi dari mak yong myresepi.. thanks ye.. saya C& P disini ye..

ahan-bahan ( 12-13 biji )

* 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
* 1 cawan tepung gandum
* gula
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
4.Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk melonjong.
5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Beriadah di bulan puasa

Gambar main badminton hujung minggu lepas. walaupun puasa tidak membataskan untuk beriadah. Main pun dari pukul 5-9 malam selama 4 jam.. Berbuka dipadang badminton, makan yang ringan-ringan je.. ini pun minggu terakhir main badminton mungkin akan sambung selepas raya nanti sebab ramai yang balik beraya diMalaysia.. tinggal lah kami beberapa keluarga di Yokohama ni.. sedihnya..








sibuk main badminton sampai lupa nak amik gambar abang waktu main.. heheh jangan marah tau abang lupa la..

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG