01 June 2012

Salam semua, Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menaip disini. Terima kasih buat rakan-rakan yang mengucapkan tahniah pada ita, masih belum berkesempatan untuk menjenguk dan meninggalkan komen lagi di blog rakan-rakan.. InsyaAllah akan cuba dalam masa terdekat ini, namun ita tidak mahu berjanji takut tak tertunai pula nanti. Rasa amat gembira walaupun ita tidak berkunjung ke blog kawan-kawan namun rakan2 tidak putus memberikan sokongan pada ita, Alhamdulillah.. hanya Allah saja yang membalas keikhlasan hati kalian, terima kasih ye.

 Sebenarnya ada tugasan yang perlu di selesaikan malam ini tapi mata ni berat sangat rasanya.. Papa kata cuba buka blog dan menulis mesti mata awak cerah.. hihihihi.. jadi ita cuba ambil masa untuk menaip disini.. moga-moga tak mengantuk la mata ni nanti sebab ada tenpahan yang pelu disiapkan.. Alhamdulillah minggu ini penuh dengan tempahan, bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Papa kata bila ada tempahan ia adalah rezeki dan ingat tentang niat ita untuk memberi pilihan makanan halal dijepun ni, namun ada juga yang ita tolak kebelakangan ini disebabkan terdapat tempahan yang bertindih dalam satu-satu masa. Amat mencabar juga sebenarnya berbisnes ni, namun ia adalah pengalaman yang berharga buat ita. Bila tiada tempahan ia adalah masa rehat buat ita, Allah tahu yang terbaik buat hamba2nya.




Oklah tak mahu bercerita panjang hari ini ita nak kongsikan resepi "Carrot Cupcakes with Walnut" (Kek cawan Lobak merah bersama kacang walnut) yang ita gunakan di Simple Homemade Cake. Bagi ita, ita suka sangat dengan resepi ini, Alhamdulillah pelanggan yang menempah semua berpuas hati. Buat pun agak mudah dan rasanya sedap. bagi yang ingin mencuba kek atau cupcake yang menggunakan lobak ita cadangkan mencuba resepi ini.Jika ada tempahan untuk kek ini ita pasti akan buat lebih adunannya sebab seisi rumah mengemarinya..

Resepi ini dari Myresipi oleh Newbie123 dilihat dari bilangan dan komen yang diberikan memang ramai yang berpuashati dengan resepi ini. Ita pun suka. Jadi apa tunggu lagi bagi yang menyukai kek lobak boleh cuba resepi ini ye.


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.
Untuk cream Cheesenya ( ini resepi yang biasa ita gunakan)

250g cream Cheese
120g mentega
120 g gula
2 sudu besar whipping cream

Cara-cara
  1. Pukul cream cheese sebentar, kemudian masukkan gula dan butter setelah sebati masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga pekat. Sedia untuk dihias.. 
  2. Hiaslah mengikut kreativiti masing-masing dan ita gunakan sugar paste untuk carrot dan ita hancurkan biskut oreo untuk dibuat tanah bagi dasar hiasan cupcakes tersebut.
 Ada bentuk kek juga ..Kek yang ditempah oleh pelanggan

10 Comments:

  1. FnF Simple Life said...
    Salam ita... kek sgt cantik...kreatif cc tu siap warna ala2 tanah gitu... tanam carrot dalam pasu ye...;) ...sometimes saya pun terfikir juga bila la masa Ita rest ye... subuh pulak skrg awal kul 3pg... nk masak bento anak ke sekolah lg kan...semoga Ita terus success dlm bisness.
    Qasey Honey said...
    wah ita...cantik cc tu...geram tgk...deco yg sgt mnarik...carrot tu mcm diatas tanah aje...kreatiff ssgt..
    Amie said...
    Betul kata QH tu... carrot tu macam atas tanah...memang kretaif sungguh Ita.
    Banyak tempahan ye Ita, alhamdulillah rezeki Allah, apa pun kesihatan perlu diutamakan, jangan lupa rehat secukupnya ye dik.
    Pink Lavender said...
    menarik sgt cupcake akak nihh
    serius mcm carrot dr ladang tau

    wana follow akak
    jom follow wana
    Anonymous said...
    kawai desu ne!!
    Shahriah Abdullah Novelis said...
    As'Kum wow! cantik!!!! sangat!!! sukanya.. tak berkelip2 mata memandang kek karot tu... :))
    Love2cook Malaysia said...
    Hi Ita dear, apa khabar? Lamanya tak dengar khabar...hehee!

    Very cute looking cuppies...nak ambik 3..:)

    Congrats for featuring in Jelita dear...I've got the copy! :)
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    fav ni akak
    nak try buat carrot kat ataih tue la...takut x menjadi sebab tangan ayu ni keras x der seni la k.ita nangesss
    Nur-nba said...
    Sangat cantik dan berseni.. Nur doakan bisnes akak bertambah maju.. Suka melihat rakan2 berjaya.. :)
    hamidah (Glasgow, UK) said...
    Assalamualaikum ita,
    boleh tak akak tanya nama2 tools yang ita buat decorate kek- tulisan2 atas sugarpaste tu.
    Akak memang suka tenguk decorate cake yang ita buat ..simple tapi cantik.
    or boleh share tak sumber2 info berkaitan decorate cake guna sugarpaste tu?

    Hamidah,
    Glasgow UK

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG