Memang best, murah & berbaloi...itulah ungkapan yg boleh Ita ucapkan bagi menggambarkan pengalaman membeli-belah di Kids Off petang tadi. Walaupun penat, namun segala-galanya berbaloi...setidak-tidaknya Ita berjaya membeli 'playground' yang pada asalnya Ita nak beli di Toys R Us. Memanglah bukan baru, 2nd hand tetapi kalau pandai pilih, ada yang masih elok dan masih nampak macam baru. Petang tadi Ita beli 'playground' tu cuma 3000 yen sahaja. Selain 'playground' tu Ita beli 'stroller' yang boleh duduk utk 2 orang. Ita dah ada 2 stroller sebelum ini, tapi biasanya bila nak jalan jauh, kami cuma bawa 1 stroller shj. sebab susah nak travel naik bas & train...tapi dgn adanya stroller 2 dlm 1 ni, mudahlah sikit nak tangani masalah kakaknya yg kadang2 penat bila dah banyak berjalan...sekurang2 nya taklah lagi papanya penat nak mendukung :) Oh ya, utk stroller ni asalnya 7000yen, tapi ada 20% discount dapatlah sekitar 5600yen. Yang lain tu Ita cuma beli toys kecil2 utk Fathnin & Fateh...banyak lg sebenarnya yg Ita nak beli, tapi terbatas dek kerana memikirkan kesusahan nak bawa menaiki Bas & Train. Itupun mujur ada family Ali & Aliza, Kak Maas & Abg Bidin dan Saifulza ...thanks a lot to u all...tanpa bantuan u all Fateh n Fathnin x dapat bermain dgn happynya dalam 'playground' baru (2nd hand sebenarnya) diaorg tu. Kids Off....nantikan kehadiran kami lagi nanti! Tanoshi kutte Omoshiroiiiiiii.......
Labels: tempat dilawati