07 November 2011

Ketam Masak Lada Hitam


Salam semua. Salam AidilAdha.. Tentu meriah beraya di Malaysia tambahan kampung halaman. Dengan suasana majlis korban tentu ibu bapa dan anak menantu meriah bergotong royong bersama. Rindunya suasana itu..:( Diperantauan macam kami ni.. macam biasa je berkumpul bersama kawan-kawan untuk menghilangkan kesunyian.

Kelmarin ita ke pasar Matsubara. Banyak ikan dan hasil laut yang lain ada dijual. Ita ternampak ketam tapi bukan ketam besar seperti yang biasa dijual dijepun ni. Kalau ketam tu ada juga tapi mahal sikit la harganya. Ita jumpa ketam biasa yang dijual diMalaysia tu. Ita jarang jumpa ketam tu sebab disini ketam yang besar-besar je yang selalu jumpa..:P. Bila jumpa memang tak tunggu dah terus beli tambahan murah plak tu 500 yen dapat banyak boleh makan 2 kali. Jadi menu berbuka tempohari buat menu ala-ala makan digerai ikan bakar.. hihihihi.. ikan bakarm sotong goreng tepung dan ketam masak lada hitam. .. Jadi meratah lauk je kami berdua. Anak -anak pun suka makan sotong goreng tepung dan ketam hanya ita kena basuh sikit ketam tu disebabkan kepedasan.

Resepi ini memang selalu ita buat dan kalau kita cari dimana-mana resepi masak lada hitam pun lebih kurang je. jadi bagi yang nak cuba boleh cuba resepi ni.. InsyaAllah menepati citarasa kami sekeluarga..:)



Ketam Masak Lada Hitam


Bahan-bahan
400g ketam ( 3-4 ekor)
1/2 ulas bawang besar ( dikisar)
4 ulas bawang putih( dikisar)
4-5 biji cili kering(dikisar)
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam -jika tiada boleh guna lada hitam yang ditumbuk
sedikit gula dan garam






Cara-cara

  1. Goreng ketam. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga garing sedikit, kemudian masukkan cili dan kacau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos lada hitam. Tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan ketam tadi dan kacau hingga rata.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Masak sehingga semua ketam digaul rata dan kering sedikit.

24 Comments:

  1. nuwairani ismail said...
    nani pon suke ratah ketam. kalau makan dengan nasik, macam payah sikit. nak kopek kulitnya lagi, nak korek2 isinya lagi...
    Ida,Japan said...
    murah tu ita, kalau 500 yen dpt 2x mkn...k'ida ada gak jumpa ketam sederhana tapi mahal gak la kt sini...sedapnyer nmpk ketam yg ita msk tu
    アヌムちゃん said...
    wahh sedapnyee kak ita...
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Mmg kalo meratah kani mmg ralit khennn
    Nasik x makan sgt
    Suka giler kani
    Rasa lama x mkn ni

    P/s:: kaka cuti Hjng thn Ada g mana2 x??? Weols plan nk jejln Yokohama 29/12 ni...dh booking otel pong...IA leh jmpa ekkkk
    K.Nor said...
    salam aidil adha ita..wahh kat jepun org tu beraya dgn menu ketam.. meh tukar2 dgn daging korban nak? hehe
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Ada plan plak ekkk
    Sedeyyyyy
    Esok Ayu calling2 kaka la
    HomeKreation said...
    Selamat Hari Raya Aidil Adha Juwita sekeluarga.
    Waduh best nya ada ketam, kat Miri ni susah nak dapat ketam laut ni.
    Mieza said...
    sedapnya ketam ni ita..buat perut ini berkeroncong minta diisi ketam..ketam memang sedap tapi susahnya nak makan..kalau kenduri dihidang ketam alahaiiiii segannya nak gigit2 ketam tu..kalau masak sendiri di rumah senang lah sikit nak membahamnya heheheh...esok nak gi beli ketam juga lah...nak masak macam ni..TQ ita sudi share resepi :)
    Amie said...
    Assalam Ita,
    sedapnya ketam.... kak Amie suka rebus je,ratah-ratah dengan pencicah...puas makan(ini idea kawan)
    kasihredha said...
    suka makan ketam
    tapi takut gigi patah hihi
    Nieza said...
    Salam aidiladha buat Ita sekeluarga juga....bestnyer ratah-ratah ketam tu.nieza kalau msk ketam memang tak nampak nasi dah hehe.

    suka tgk view gambar ita posing kat pokok limau tu...semua cantikx2:)
    nur easy said...
    sedap makan ni.. x makan nasi pun xpa.. hehe
    ibundo said...
    salam eidil adha ita..
    nampak sedap ketam tu. Makan ketam ni memang leceh sikit kan sebab nak menguruskan kulit hehe. Sekali sekala je kat rumah bundo ni sebab diorang tak berapa gemar makan ketam sebab leceh tu lah..
    Dalila Hamid said...
    menariknyamasak ketam tu. : salam aidiladha...:)
    Kamalia said...
    Ketam msak lada hitam xpenah cube lg..nnt nak buat sbb akk punye tu mmg nmpk sedap sgt..terliurrr saya..
    ieda said...
    ermmm yumx3 ..
    biasa tuu akak buat ketam lemak berlada je .. hurmm leh try nie lada itam nie :)
    ijan said...
    Salam kak Ita comel,
    Selamat hari raya aidiladha buat kak ita sekeluarga... sedapnye ketam. saya pun beli ketam sikit dihelsinki. seronok nye. hehehe
    nOOrsha said...
    salam aidilaha ita....sedapnye ketam ni..next time lehla sy try :)
    Nurul said...
    waa, sedapppnya ketam... x pernah lagi nurul masak ketam lada hitam cam ni... ^__^
    Yatie said...
    sedapnya tngk ketam ni, lama akak tak makan ketam..mcm skrng je nak cari ketam..terliur betulllah Ita....
    quinnie said...
    dah lama betul saya tak makan ketam...huhuhu..besar nampak ketam kak ita ni...:)
    dZana said...
    aslmkum ita.. sedapnya raya2 ratah ketam.. best klau dpt ketam yg byk isi..
    Ruby's Delight said...
    assalamualaikum...aduihhh...sedapnyer la haiii..akak baru hari ni masak Ketam ni..dah lama tak masak Ketam..huhuhu...
    Syarih said...
    wah saya nih peminat ketam no 1 ...sedap lah masakan nih...jom kongsi masakan di blog saya...

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG