Menu pemanis mulut semalam. Bubur chaca memang kegemaran ita semua famili ita tahu. jadi memang chaca ni kakak selalu akan poskan untuk ita tambahan bila ramadan ni kalau malas2 je leh buat bubur chaca je.. tapi kali ni teringat resepi diblog kak ummi bubur chaca candilnya amat mengoda jiwa.. jadi ita cuba buat, bagi ita amat sesuai dan sedap tambahan gabungan warna yang cantik. bagi yang nak cuba boleh ke sini dan ini untuk rujukan ita ye.. thanks kak ummi..
BUBUR CHACHA CANDIL WARNA WARNI
Bahan Untuk Candil :-
- 1 1/3 cawan tepung pulut
- sedikit garam dan gula
- air secukupnya
- beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-- Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
- Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
- Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu.
Bahan Bubur Chaca :-- 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
- 2 1/2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 3/4 gula pasir / secukup rasa
- 1 helai daun pandan - disimpul
- secubit garam
Cara Memasak:-- Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
- Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
- Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
- Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (
Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)
ita jual kuih tart ker? sugoii...bnyk tempahan?
kak ayu.. bulan puasa ni semangat nak masak yang nasi gini kalau bulan tak puasa tak sempat sangat sebab nak masak breakfast semua.. huhhuhu.. ita buat tart kecil kecilan je.. ada tempahan untuk jamuan2 ita buat la