17 August 2010

Fruit Tart


Alhamdulillah jumpa juga gambar Fruit tart yang agak clear .. Ini bukan menu berbuka ye.. Tempohari ada tempahan tart ni jadi waktu dah siap2 tu tak dapat nak ambil gambar sebab abang tertinggal kamera di Lab. Jadi Alhamdulillah hari ni terjumpa gambar ni dalam salah satu gambar majlis tersebut dapat nak share kat sini. Setelah minta izin nak copy dari tuan yg ambil gambar baru boleh tempek disini. Dah beberapa kali buat selalu lupa ambil gambar. Two thumb up to Mat gebu atas resepi ini.

Lain betul gambar yang diambil guna Dslr ni.. huhhuhu... saya tak de.. nak beli takut tak berbaloi plak tambahan harganye yang ribu riban itu...

Bahan-bahan

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
  2. UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat.

6 Comments:

  1. TotYati said...
    salam kak ita,

    very kalerful. Ai like!!!
    nanti balik mesia buleh wat tak?

    nak nak (^_^)
    Asmara said...
    Ita, x pakai dslr pun gambar ita yg lain2 dah cantik sangat dah tu. hehe... sedap tu banyak fruit dia. :)
    kew_chop said...
    oiishisou n lawa sgt tart ni, patut byk dpt tempahan (^o^)
    Fazila Mohd Zairy said...
    Rajin nye ita ni memasak ek..bertuah nye Fariz....
    fazilamz @ Fazila Hj Mohd Zairy said...
    La plak terasa-rasa nak memasak..hehehe
    Juwita Jamaludin said...
    salam ti... ye ti akak pn suka.. nak buat kat msia. huhhhuhuh. leh insyaAllah kalau masa mengizinkan...

    as..mana ada lawa... tak puas hati tapi jadi la untuk tatapan resepi. tgk kwn yg guna dslr gambar cun2...

    murni.. alhamdulliah warna buah meriah.. hna sekarng natsu strawbery susah dapat..

    La... mana ada rajin kalau tak masak lapar jwbnya... resepini untuk tatapan akn datang sebab tak pandai masak

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG