18 August 2010

Nasi Minyak Hujan Panas


Wireless buat hal plak kat rumah ni.. payah sikit nak update blog. Tambahan komputer Fathnin ni pun suka nak terpadam je. Ini yang mood nak update merudum ni... hihihii.. so nasi ni ita buat kelmarin sebenarnya. Bulan puasa ni makan nasi macam ni best juga senang nak fiki laukk masak apa...Resepi ini ita ambil dari rumah kak ummi.. Suka jalan2 umah kak ummi sebab resepi semua best. untuk nasi ni ita padankan dengan rendang ayam, daging dendeng dan jelatah.




Bahan:-

4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.
5 cawan air
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis

Cara Memasak:-

Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

5 Comments:

  1. AiTotYati said...
    salam kak ita,


    ooo macam tu ghupanya nasik tu jadi kaler kaler.

    masa tak tahu dok pk ingatkan mmg ade beras kaler kaler. ngeh ngeh

    kak ita ni mmg sgt rajinlah!!!
    (^_^)
    kew_chop said...
    kak ita, agak2 kalo pakai beras jepun sedap tak wat nasi minyak ni?
    Kamalia said...
    salam kak ita..nasi ni pun feveret kami..mmg sedapkan kak..nak pulak dibuat tuk berbuka..nyum..nyum..
    p/s:akak punya fruit tarts tu nmpk sedap sgt..sib baik jauh,kot x,sy dah order ngan akak jugak..:p

    p/s lagi:akak balik raya x?sy xbalik,myb beraya kat embassy je kot..kat sini xde org dah..sume balik..:)
    tagskie said...
    hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/
    Juwita Jamaludin said...
    to ti... hiihhii lawak la ko ni... tak pe dah tahu leh cuba kasi zaki lebih sayang hihihi

    to murni....
    rasanya kurang cantik la murni.. even kalau campur beras pun kurang menawn..

    kamalia..
    tula sedapkan.. kamalia pun leh buat tart tu... akak suka tart tu.. hanya nak buat tu leceh sikit.. makan sekejap je.. hihihih

    nanti kita raya sama2 kat embassy ye... jumpa kat sana tau...

    tagskie.
    thanks singgah..

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG