26 August 2010

Ayam percik Pasar malam


Dah beberapa hari tak update blog .. mana taknya kalau hujung minggu je sibuk memenuhi jemputan berbuka jadi masak yang simple2 je untuk bersahur..dan dua tiga hari lepas masak makanan yang dah ada dalam senarai resepi iaitu nasi jagung, laksa penang.. so semalam sempat mencuba resepi ayam percik ni.. makan dengan nasi goreng dan kangkung goreng. Berselera je papa makan.. kuih ita buat paratha puff berinti ayam tengok kat umah kak nor ganu dan sagu gula melaka memang kegemaran ni sebenarnya. jadi untuk resepi ayam percik copy dari rumah kak ummi .. resepi asal dari sajiemas, Myr.. sekarang ni fathnin dah mula bersekolah.. Ponat juga mama sebab bangun awal nak buatkan bentou...


AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)


Bahan:-

  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.



Paratha puff berinti ayam nak menayangkan diri.. sagu gula melaka tak sempat posing.. hihihihi

7 Comments:

  1. Asmara said...
    Ita, sagu bawak dr Mesia eh? hihi.. sagu dah abis la, kot2 la ada jual kat Jepun nak gak cari. Best kat sana byk jemputan iftar, kite ni 30 hari puasa masak sendiri. huhu..
    Kamalia said...
    salam akak..bestnye dpt jmputan brbuka sana sini..kat sini,yg nak buat jmputan berbuka tu umah sy jela..sbb yg lain bujang tran tang2..skang ni tggal kami je..yg lain dah balik..
    p/s:kat baticrom ade jual sagukan?die tulis tapioca sagoo kot..tp xpenah beli pun..:D
    kew_chop said...
    uishh kak ita, ayam percik itu sgt menggoda.. puasa ni tak buat lagi ayam percik. nak kena buat gak ni.. hihi.. btw aritu buat nasi ujan panas pakai beras nihon guna resepi akak tu sebab teringin sgt nak mkn.. hihi..
    adad said...
    besonya drumstick.
    Juwita Jamaludin said...
    to as.. sagu ada kat baticrom ita pernah beli... dia tulis tapioca...

    kamalia.. tula ramai kat sini nak buat majlis berbuka.. tu yang bergili2 tu.. sampai tak leh ajak ramai lagi rumah kecik hihiihi

    murni.. akak pun teringin jalan2 dapur blog orang ni nampak jadi teringin hihihihi..ok la tu dapat buat nasi tu..

    to jiya.. itu leg la jiya, ambek.. makan sorang seketul.. hihihi
    ieda said...
    hhahah akak tertipu , ingatkan betui2 ayam percik dari pasar malam .. hehehhe

    kalau akak ayam percik pasar malam tuu memang lah ada beli .. bak buat sendiri x kesampaian sbb rumit gak kan .. nak prepare tmpt perciknya .. sbb x der jadi gitu .. cuber kalau ada .. sure ari2 buat hehehhe

    sib baik anak2 jenis x suka makan ayam .. sibbb baikkk :))
    ijayuji said...
    Salam kak ita! salam merdeka! akak sihat ke kak? kita mood pun kureng dah ni tak tahu naper :-( tgk nasi akak tu telan air lir kita matahari belum tegak lagi hihihi

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG