13 August 2010

Kuih Cara Manis

Buat kuih cara manis untuk berbuka hari ni. Lemak2 resepi kuih cara ni. Buat guna acuan takoyaki je..


Bahan-bahan

* 100gm tepung
* 100ml santan
* 100ml susu cair
* 1 biji telur
* 1/2 sudu teh garam
* beberapa titik pewarna hijau
* sedikit esen pandan

inti
Gula



Cara-cara

1. Campurkan tepung, santan,susu, telur dan garam. gaul hingga rata. (ita blender)
2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan gula sebagai inti
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje. Tutup atas acuan dgn tutup periuk untuk masak sekata

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG