13 August 2010

Nasi dan Ayam Beriani


Hari ni berbuka dengan nasi beriani dan lauknnya ayam beriani dan salad kobis. Berselera suami makan dan hati rasa happy je... Fathnin pun suka.. makan bertambah. Tapi cerita kelakarnya harini jiran ita, adnin pun masakk nasi beriani. Jadi kami ni alhammdulilah setakat ni hari2 mesti tukar lauk, tetiba bila fathhnin hantar lauk kerumah Adnin dengar adnin gelak ingatkan apa rupanya termasak menu sama... nasib lauk ada beza sikit adnin masak ayam kurma ita masak ayam beriani dan sayurnya pun lain juga.. Adnin kalau bagi lauk pada ita mesti banyak jadi bulan puasa ni untuk elak pembaziran ita masak sikit2 je kuantitinya.. takut berlebih plak.. sayang nanti... Thanks Adnin rajin bagi lauk walaupun mengandung... Jom kita tengok resepi nasi beriani dari belakanng pek rempah beriani adabi. ita suka resepi ayam beriani ni sedap..


Bahan A:- (akak buat 1/3 dari resepi asal ni)

  • 5 gelas beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 5 gelas air
  • 10 g rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 3 biji bawang merah di mayang
  • 10cm halia dikisar
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak- ita tak de stok
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  5. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  6. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  7. Hidangkan nasi dengan taburan gajus.



Ayam beriani
sumber : pek rempah adabi

  • 90 gm rempah beriani
  • 1 ekor ayam
  • 5 cawan air
  • 5 sudu minyak untuk tumis
  • 3 sudu minyak sapi
bahan A di kisar halus
  • 10 ulas bawang merah - ita guna bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 cm halia
  • 5 biji cili hijau- ita guna capsicum hijau
bahan B

  • 4 tangkai daun sup
  • 4 tangkai daun bawang
  • 4 tangkai daun ketumbar
  • secekak daun pudina
bahan C
  • 1/2 tin susu segar
  • 3 sudu tomato puree
  • 3 sudu makan madu
cara- cara

  1. Ayam di gorreng 3/4 masak
  2. Bancuh rempah adabi bersama bahan A
  3. Tumis bahan rempah dengan minyak masak dan minyakk sapi hingga naik bau.
  4. Masukan 5 cawan air masak hingga pekat
  5. Masuk bahan c biar hingga pekat.
  6. Masuk bahan B dan tunggu lagi hingga mesra bahan.
  7. Masuk ayam dann gaul rata.
  8. Masukkan bawang goreng, gajus dan kismis
  9. Setelah namapk pekat padamkan api.

7 Comments:

  1. adad said...
    uihhh.. sedapnya. ni yg nak bawak pinggan besarrr punyaaa! kasik ayam lebeh tauu!! salam ramadahn kak...
    aitotyati said...
    salam akak,

    jiran sebelah saya ni nak jual rumahnye.meh le beli.

    nanti klu akak masak buleh panggil kami makan.

    lalalalalala
    izahdaut said...
    ayam tuh..tengok kuah dia lelh tu..ya Allah ngancaam kalbu sungguh..
    aitotyati said...
    salam akak.

    dulu saya ada buat entry tentang rumah yg nbk dijual tu.

    http://bestari206yati.blogspot.com/2010/03/rumah-untuk-dijual.html

    skrg ni mmg banyak giler projek buat rumah di melaka. sediakan shj fulusnya (^_^)
    ijan said...
    Salam Kak Ita... lama tak datang melawat akak ni... best nye nasi beriani. terliur je siang2 hari ni.. huhu...

    Selamat berpuasa ye buat akak sekeluarga :)
    ieda said...
    waduh2 dikkkk sedapnyerrrr ... resepi nampak rumit .. dah siap nampak sedapppp ...

    akak baru2 nieh masak nasi ayam .. jadilah .. ikut resepi kawan .. kalau nasi beriani memang x pernah cuber .. huhuh
    Juwita Jamaludin said...
    to jiya... hiiiiihi.. mana pingganye jiya lama akak tunggu..

    ti... wah best bunyi tu ti.. rumah pun cantik... harga pun leh tahan..

    izah... hiihi try la izah sedap ..

    ijan... yela ijan menu ijan apa kurangnya..

    kak ieda. ita pun lum buat lagi nasi ayam nanti nak buat juga la...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG