|
Sakura pelbagai warna |
Assalamualaikum... selamat pagi.. Dua tiga hari ni cuaca di Yokohama ni asyik mendung je. Memang sekarang ni dalam peralihan musim ke musim panas jadinya memang akan selalu hujan. Yang bestnya juga bila hujan juga menandakan bunga ajisai na kembang. Ita paling suka bunga ni.. cantik.. Memang ada plan nak pergi tengok bunga ni. walaupun banyak je bunga ni dimerata-rata tapi saja nak pergi tempat yang banyak bunga ni. Moga berpeluang ke sana nanti insyaAllah.
Sambung lagi misi mengosongkan SDcard. Bila ita tengok balik semua gambar-gambar ini memang banyak sangat gambar yang tidak sempat ita kongsikan disini. Jadi diberi kesempatan ni ita akan kongsikan disini sebelum kembali sibuk dengan urusan yang lain. Ita rangkumkan 3 tempat sakura tahun ini yang sempat ita pergi. Kebetulan ita ke Yoyogi park di Tokyo untuk menghantar tempahan oleh MSAJ kantou yang menempah dari Simple Homemade Cake. Jadi alang-alang dah sampai kami terus bergambar walaupun ita tak la berpiknik disini. Esoknya kawan-kawan di Yokohama menganjurkan Hanami di Shinjuku Gyoen, Tokyo, ramai sangat yang ingin berhanami di sini dan kami perlu beratur hampir 1 jam untuk masuk. Selain itu ita sempat juga mengambil beberapa gambar sakura di Universiti suami belajar, Yokohama National University. Ok la biarlah gambar yang menceritakan segalanya.
Yokohama National University
|
Bnga ni tak tahu nama tapi nampak cantik je |
Yoyogi Park
Shinjuku Gyoen
|
Kami melalui Sendagaya Gate |
|
Tsubaki dan Doffdill pun ada.. cantik |
suka tengo gambar tu semua..
oh tsubaki ek nama dia?tq kak.