27 November 2011

Puding Matcha ( teh hijau) lapis coklat




Salam semua. Salam Maal Hijrah. Moga beralih tahun yang baru memberi kekuatan di dalam diri untuk terus menjadi insan yang positif dan sentiasa menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Teruskan dengan sentiasa memperbaiki diri untuk ke arah yang lebih baik, jangan kalah dengan perkara- perkara yang tidak baik yang sentiasa datang dalam diri kita untuk menguji. Sentiasa positif ita..:)



Jumaat lepas Fathnin minta buatkan puding. Ita pun dah lama tak buat puding untuk dia. Sekarang cuaca tk panas jadi memang tekak tak teringin sangat nak makan hanya minggu lepas cuaca agak elok tak sejuk sangat jadi ita buatkan untuk dia. Ita cuba cari puding apa yang menarik dalam cari-cari tu teringat puding yang ita nampak di kedai jual puding di 'Yokohama station' tempohari cantik dan nampak sedap. Gabungan puding Matcha ( green Tea) dan kastad amat menarik tapi kali ini ita buat gabungan matca dan coklat disebabkan anak-anak ita suka dengan puding coklat.




Untuk resepi ita google dan terjumpa blog ini. Jadi ita ikut sedikit ilham dari blog Pittsburgh need Eated. Gabungan matcha dan juga coklat amat kena sedap. Ita suka dengan rasanya yang lemak-lemak disebabkan campuran susu di dalam puding ini. Utuk resepi ini akan menghasilkan lebih kurang 6-7 bekas seperti di dalam gambar ita. Untuk resepi asal boleh ke link yang ita sertakan tapi resepi ini telah ita ubah sedikit mengikut selera ita..:)



Puding Matcha ( Teh Hijau) lapis Coklat

Lapisan Coklat

2 g serbuk agar-agar
1 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/2 cawan gula ( boleh kurangkan )
2 1/2 sudu besar serbuk coklat

Lapisan matcha

2 g serbuk agar-agar
1 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh serbuk green tea boleh jika kurang




Cara-cara
Untuk lapisan coklat :

  1. Didalam periuk yang bersesuaian masukkan susu, air, gula dan serbuk agar dan masak dengan menggunakan api yang sederhana tidak terlalu kecil dan besar.
  2. setelah itu masukkan serbuk coklat dan kacau sehingga larut dan tutup api
  3. Tuangkan ke dalam acuan yang bersesuaian separuh dari bekas berkenaan.
Untuk Lapisan Matcha

  1. Didalam periuk yang bersesuaian masukkan susu, air, gula dan serbuk agar dan masak dengan menggunakan api yang sederhana tidak terlalu kecil dan besar.
  2. setelah itu masukkan serbuk matcha dan kacau sehingga larut dan tutup api
  3. Tuangkan ke dalam acuan setelah lapisan coklat agak keras sedikit. ( ita masukkan kedalam peti sejuk sebentar)
  4. Setelah itu boleh la disimpan sejuk didalam petisejuk
  5. Boleh dihias dengan whipping cream yang telah diputul kental.


14 Comments:

  1. Hanis MY said...
    tak pernah makan puding matcha... terliur la pulak...
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    pernah makan sekali rasanyer
    kawan nihonjin darl kasi dulu
    but theyols but sweet tu x terasa sgt
    pahit ada sket2....
    nnt boley try sebab darl ai mmg suka matcha
    Azlita Aziz said...
    salam Maal Hijrah Juwita..

    Akak pun tak pernah makan, teringin juga mencuba..

    Gambar Juwita semakin hari semakin cantik! tahniah dari akak kerana tak pernah jemu berusaha untuk hasilkan yang terbaik!

    Semoga dunia blog masakan semakin meriah dan ceria :D
    kurus said...
    akak pun x pernah mkn puding mcm nie .. nampak sedap sgt2 ju .. memang ju rajin mencuba ye :)
    Amie said...
    Salam Maal Hijrah Ita,
    rajin Ita layan anak-anak ye... mudah-mudahan dengan pelbagai resepi yang dihidangkan untuk mereka akan bertambah eratlah hubungan kekeluargaan ye Ita...air tangan ibu memang tiada bandingannya!
    Kamalia said...
    salam maal hjrah kak..xpenah mkn pun..tp.bila nmpk fathnin mkn tu terliur jdnye..
    Mieza said...
    Ita..walau pun kak mieza tak eprnah makan puding tapi kak mieza tau sentuhan tangan ita tak akan fail..nampak sedap sgt puding ita ni! Terliur!
    Asmara said...
    nampak sedap ni Ita. tp lapisan coklat dia tak nmpk ye. suka Fathnin dpt puding. :)
    Soo Hae Daa said...
    tak pernah mkn puding green tea...sbb xbape gemar green tea jugak..ehhehehe...tp lau dh cmpur coklat ni tak tau la kn...mst sdp la kot sbb de coklat..ehehhe...
    dZana said...
    aslkmu ita.. nmpk sedap.. teh hijau jer yg tak brp familiar..
    Ummi said...
    Salam Maal Hijrah buat Ita yg jauh di sana, semoga hari2 mendatang lebih bererti buat Ita sekeluarga... Adeeei cantik sungguh puding match mu itu....mst sedap nih...nak kena cari serbuk teh ijo la dulu... Eh teh ijo Cameron tu kalau akak blend ok tak? hehehe
    Sue @ Nenie said...
    Salam Kak Ita...mesti sedap kan puding ni...belum pernah lagi makan grean tea pudding...Ada masa nanti macam nak cuba buat, tapi...erkkk kat umah ni ada orang makan ke puding2 ni...tu yang selalu membantutkan semangat tu....
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    kak nur tk pernah pulak merasa puding seperti ini tapi air teh hijau mmg selalu jadi basahan tekak kak nur...hehe.
    Nur-nba said...
    Sangat menyelerakan.. Beria2 anak akak makan.

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG