19 November 2010

Strawberry Cheesecake


Dah lama tak buat cheese cake kebetulan ada majlis pada malam ni dan hubby suruh buat kek untuk abang puza sempena hari jadi nya jadi ita plan nak buat strawberry cheesecake. Bahan pun ada dalam peti sejuk ni lagi pun makan cheese cake ni kena buat waktu ramai orang kalau buat untuk family je memang lambat nak menghabiskannya.. cari resepi jumpa resepi jumpa di blog kak hana.. alhamdulillah sedap kek nya..

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam
125 gm mentega tanpa garam -

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - buh 140g
1 sudu besar jus lemon
ita tambah 1 sudu besar jem strawberry

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit ( gune air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
150 ml jus strawberry - gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - x ltk

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
  8. Buat topping buat seperti diatas.
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.


14 Comments:

  1. Intan Suhana Mohamad Rahim said...
    sedapnya tengok cheese kek kak ita tu...drooling la. untung cik puza kite ada org buat kek. sampaikan salam birthday kitorg kat soton ni ek =)...
    Sidratul Muntaha said...
    meleleh..
    ahad ni nak buat!!
    cucu nenek di liverpool said...
    Ya Allah ita, yummy nyeeee.. dpt kat kp ni sekejap je licin nih!
    pearl said...
    waah so yummy. heran sungguh ape pasal selalunye buat base tuh rapuh. dia tak melekat. walaupun dah mix dgn butter. Senang ke nak dapat gelatin halal?
    hana said...
    sedapnya ita..... akak dah lama tk buat.. gelatin dh ujung nyawa.. hihi.... ita sihat? lama akak tk jenguk sini..
    Love2cook Malaysia said...
    Hi Ita, hru doing my friend???

    Gosh, cunnye kek tu Ita!!! Geram tengok! :D
    Idayu said...
    slm...cntik sungguh kek ita..
    Asmara said...
    Kalau wat ciskek mmg berhari nak abis kan Ita. hehe.. nasib baik ramai jiran rezeki diorang la dpt merasa. Adik2 sini rajin dtg rumah tu yg seronok masak2 tu. hihi..
    mamasyipah said...
    salam ..sedapnya itaaa...brg2 dah beli tu bila laa nak buat..jamu mata dulu la kat sini..
    Juwita Jamaludin said...
    intan.. kat sini selalu buat majlis yasin .. buat kat umah akak tu yang buat sekali kek untuk abang puza tu...

    sadratul.. buat jangan tak buat..
    Juwita Jamaludin said...
    kak pi.. it dah muak rasa makan cheese cake yang ita palng suka chocolate cheesecake.. tu yang buat waktu orang ada je

    pearl.. saya guna base digestive biskut atau yang jenis butter.. gelatin pos dari malaysia.. jenis halalgel
    Juwita Jamaludin said...
    kak hana.. hihihi ita sihat kak.. thanks ye resepinya.. ita saja nak abis kan gelatin tu takut expired

    love.. thanks for coming.. just follow the recipes.. this cake so yummy..
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ayu.. mana ada cantik itu idea kak hana tu.. ikut resepi je.. hahahha..

    As.. tula kalau coklat kek ita ok kalau cheese cake ni kena share dengan orang
    Juwita Jamaludin said...
    mamasyipah.. ita tgk mama buat tu.. sedap nampak cheesecake tu..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG