23 November 2010

Mt Takao ( Takao san Autumn Leaves 2010)

Dah lama tunggu hari yang papa tak busy nak ajak pergi tengok Koyo ( autumn leaves). Sebab macam bunga sakura juga daun-daun yang bertukar warna ni ada masa kemuncaknya sebelum luruh. Tambahan jika selalu hujan lagi cepat luruhnya. jadi kebetulan hari ini Fathnin cuti sekolah dan memang dah plan dengan papa dah booking cuti papa hari ni nak ajak papa tengok koyo ni. kalau lagi lambat takut dah tinggal ranting je.. lagi pun lepas ni lagi banyak perkara yang papa kena uruskan tambahan sikit lagi papa ke singapura pula untuk menghadiri conference disana.

Tapi kita hanya merancang tapi tuhan menentukan tengok cuaca pada hari ni tak mengizinkan..sebab kat sini kalau nak merancang perjalanan tengok forecast weather dulu supaya tahu hari tu cuaca elok ke tak.. jadi rasa macam frust je sebab ramalan menujukkan seharian hujan.. bangun pagi pun rasa liat je sebab tak jadi pergi jalan2... tapi pada pukul 1030 pagi tgk hujan berhenti so papa kata kita pergi la bawa payung sebab nak pergi hari lain takut papa dan Fathnin tak cuti jadi kami pergi je... kami keluar lepas solat zohor pada pukul 1130 pagi .. papa ada urusan sikit di yokohama pukul 1245 kami bertolak ke Mt Takao..Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 30 lebih kurang dengan menaiki 3 kali pertukaran keretapi.. Alhamdulillah memang tak hujan seharian sepanjang perjalanan ke sana... lebih kurang pukul 2.15 kami sampai di area Mt Takao.. memang cantik permandangan disana dan rasa seronok sangat..







Untuk naik ke Mt Takao ni ada 3 cara satu naik cable car dengan bayaran 900 yen bagi 2 hala, kedua naik chair lift dan jalan kaki.. jadi kami pilih naik cable car sebab sesuai jalan dengan anak-anak ni. Agak curam juga nak mendaki Mt Takao ni.. walaupun naik cable car tapi rasa juga kecuramannya..


setelah sampai di puncak jam menunjukan pukul 245 petang.. agak kurang bernasib baik sebab cuaca agak berkabus dan ita tak dapat nak ambil gambar permandangan yang cantik dari atas gunung tu.. Ada beberapa kawasan menarik disini yang boleh dilawati tapi disebabkan keadaan berkabus tak dapat nak ke kawasan itu.









setelah penat dan puas berjalan kami pun turun menaiki cable car dan terus ke Trick art museum. sambung di entry seterus ya..

11 Comments:

  1. Fazlinil Irma said...
    salam perkelanalan kak ita.

    jepun serupa dgn uk. nak keluar kena tgok ramalan cuaca. kat sini byk pokok dah habis botak. tinggal yg hijau dan sikit2 je kuning. yg lain semua dah habis luruh dibawak angin.

    ralit tgok gambar2 autumn akak. cantik, subhanallah!
    ieda said...
    cantiknya juuu .. permandangan masa autumn nie memang menyejukkan mata kan ..

    akak tumpang tgk dari jauh je lahhh :)
    izahdaut said...
    aduss daun2 merah lagi..tak tahahn tengokk
    AiTotYati said...
    canteknye....
    Juwita Jamaludin said...
    to faz.. salam kenal juka.. ye suka bila autumn and spring sebab pemandangan nya cantik2...

    kak ieda.. leh kak mana tahu rezeki leh datang japan
    Juwita Jamaludin said...
    to izah.. ye izah semua orang jepun tayang daun merah ke la.. hihihi ini yang glamour sekarang..

    ti memang cantik suka juga
    Intan Suhana said...
    salam kak. kat uk rasenye dah nampak ranting je pokoknye hehe. nasib sempat amik gambar before ni. syoknya abg akak dpt gi byk conference. jauh2 lak tu. akak ikut gak ke gi s'pore. kalo ikut sure leh seberang malaysia sekali hehe. dayat lum start gi conference lg. pastu limited plak kat sini..
    Juwita Jamaludin said...
    salam intan.. tula kat sini kalau bahagian yang sejuk kat atas tu dah tinggal ranting juga tapi kat sin krang sejuk sikit tu yang lambat tukar kaler2 tu... akak tak pergi singapore tapi akak balik msia.. yea..
    IFAH said...
    salam ita. menarik betul la Takao San and Trick art Museum tu. tempat tu jauh tak dari Tokyo? InsyaAllah next year dalam bulan february saya akan ke tokyo. anak2 mesti suka trick art museum tu.
    Juwita Jamaludin said...
    salam ifah.. selamat datang ke tokyo.. Mt takao ni dan trick art museum ni di hachioji tokyo.. tapi kalau datang bulan 2 tak de dah warna2 pokok2 tu dah gugur sebab dah winter kalau rezeki leh ada snow kot
    Juwita Jamaludin said...
    salam ifah.. selamat datang ke tokyo.. Mt takao ni dan trick art museum ni di hachioji tokyo.. tapi kalau datang bulan 2 tak de dah warna2 pokok2 tu dah gugur sebab dah winter kalau rezeki leh ada snow kot

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG