24 November 2010

Trick Art Museum (Mt Takao Area)

Sambung cerita di kawasan Takao tempohari. Setelah puas melihat pemandangan di kawasan gunung Takao kami ke satu lagi tarikan di kawasan ini iaitu Trick Art Museum. Untuk masuk ke muzium ini bayaran 1300 yen seorang bagi dewasa dan 500 yen bagi kanak-kanak. Setelah membeli tiket masuk kami diberi penerangan tentang muzium ini dan diterangkan bagaimana trick yang ada disebalik gambar2 yang tersedia disini. Amat menarik dan ianya betul2 menguji minda dan pandangan mata.








Bangunan muzium ini 2 tingkat jadi jika ingin ke tingkat 2 kami perlu mencari tangga yang tersembunyi supaya boleh ke tingkat 2 tersebut. Sehelai kertas diberi sebagai penunjuk arah untuk mencari tangga tersembunyi tersebut. Fathnin enjoy sangat dengan trick yang ada di muzium ini. Jika ke Takao muzium ni perlu dilawati kerana ia amat menarik.











setelah penat dan puas melihat semua yang ada di dalam muzium ini kami keluar dan diberi 3 coin yang boleh ditukar dengan air percuma. Kami duduk sebentar menikmati minuman coklat panas sambil papa mencari tempat yang sesuai untuk solat maghrib.

8 Comments:

  1. aitotyati said...
    kak ita,

    menariknye.
    mmg ilusi camne kak ita n fatnin boleh sama tinggi plak tu.

    hihihi
    izahdaut said...
    eh best nyer..... wahhhhh
    Love2cook Malaysia said...
    Waahhhh besnye jejalan!!! ;)

    Ita, I have an award for U!!! http://love2cook-msia.blogspot.com/2010/11/my-birthday-gift-award.html
    Intan Suhana Mohamad Rahim said...
    syoknye visit museum ni kak. ni yg rase cam nak lawat akak je kat jepun ni huhuhu...
    ieda said...
    wah2 dikkk real jer muzium niekan ..
    perghh kalau di mesia ada mcm nie .. sure dpt sambutan nyeer

    yg real tuu masa pegang buaya tuu ingat live tuu hehehe

    yg ikan punn sama .. cam reall jer
    Juwita Jamaludin said...
    salam ti.. ye ti unik betul muzium ni.. akak suka.. fikir macam mana akak leh sama tinggi hihihihih

    izah best juga.. seronok tak rugi pergi
    Juwita Jamaludin said...
    love.. thanks for the award.. nanti rajin saya kutip ye.. hihihih

    to intan.. datang la japan tapi cakap awal2 umah japan ni kecik sangat tau.. hihiihi.. nak ajak bermalam pun segan
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ieda,.. tu la kat japan ni banyak gak yang menarik seronok gak datang sini

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG