09 November 2010

Nasi Kerabu


Hari ni cuba buat nasi kerabu. Sebenarnya lama dah nak cuba resepi ni sebab selalu tahu makan je buat tak pandai.. kalau orang pantai timur tentu pandai buat nasi kerabu.Lagi bersemangat nak buat tengok plak kat blog kak pi buat nasi kerabu jadi apa lagi kuat kan semangat untuk cuba tambahan ada je bahan2 di rumah ni. Alhamdulillah percubaan menjadi bagi tekak ita ni.. buat guna resepi Yani myresepi( nak link myresipi tak leh buka plak) ni memang mudah.. lepas ni leh la buat lagi untuk dapat rasa yang betul2 sedap..

Bahan-bahan untuk 4-5 org makan

* @@ Nasi @@
* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna kuning
* 2-3 helai daun limau purut(optional)
* 1 btg serai-diketuk(optional)-

* @@ Sambal Tumis @@
* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
* garam dan gula melaka

* @@ Sambal ikan @@
* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia

* @@ Kerabu @@
* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum

* @@ Bahan lain- optional @@
* solok lada
* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan

Cara-cara

## Sediakan sambal tumis ##
-blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
-Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
- masukkan santan dan budu, garam dan gula.

## Masak nasi ##

Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
-Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
-Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
-Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
- Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
- Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
- Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

@@ Kerabu @@
-Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
- Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

13 Comments:

  1. Kamalia said...
    kak itaaa..saya baru je sbut ngan asben psl nak mkn ns kerabu nih..asyik teringat2 je..dan arini akak pulak dah buat..sib baik umah jauh,kot x,sy dgn muka xmalu mntk sikit..ekeke..nmpk sedap sgt tu kak..terliur nih..:)
    IDA said...
    aduss..lapar la pulak tengok nasi kerabu ni..tapi nk buat malas..sedap kalau dpt yg org masak..hehehe :-)
    Intan Suhana said...
    cepat je akak buat nasi kerabu yek hehe. penangan kak pi la ni hahaha...
    Mimiey.. (^-^) said...
    wahhhh, kak ita buat nasi kerabu kuning... mie dh lama xmkn kerabu kuning, selalu mkn nasi kerabu hitam...xpe kaler pape pun, yg penting sodapkan kak ita.....hehehhehehe
    Nur Ede said...
    Salam itaa..

    Sedap tu.. nasi kerabu mmg sedap.. akak x pernah jemu2 makan nasi kerabu nih... pekena ngan ayam percik lagi ler sedap...nyumm nyumm
    AiTotYati said...
    sikitttt (^_^)
    cucu nenek di liverpool said...
    wah, bagusla ita nih, baru ckp terus buat. kp td belek myresepi nak buat sizzling mee, baca pya baca laporan tgk ita pun dah buat. terus buka blog ita nak tgk versi ita nyer.
    moklong said...
    kak ita ina org pantai timur tp x tau nk buat nasi kerabu ni hah... tau mkn jerk.
    Juwita Jamaludin said...
    to kamalia.. kamalia buat jangan tak buat akak nak cuba lagi nanti bagi betul2 best..

    ida.. tula akak selalu makan orang buat je nasi kerabu ni tu yang try buat tu..
    Juwita Jamaludin said...
    intan..tula penangan kak pi la ni.. hihiiihi..

    mimey.. biasa gak makan yang biru tapi tak buat yang biru buat yang kuning je hari ni
    Juwita Jamaludin said...
    kak eda.. ye kaka sedapnya ayam percik.. teringat2 plak..

    tot yati.. meh datang jepun makan hiihii
    Juwita Jamaludin said...
    to kak pi leh buka la resepi sama je rasanya...

    to mak long.. hihih kena bagi pandai tu.. selalu jumpa orng pantai timur pandai masak nasi kerabu
    ijayuji said...
    Salam kak ita! alaaaaa kita pun sama kejap ilang2 niii :D sedapnyer nasi kerabu! teringin nak makan tp nak buat yg apa tu yg mcm kelapa tu haaaa tu yg lomah sgttt hihihi... tak pernah pun makan nasi kerabu, nanti balik nak cuba2 carik nasi kerabu :D

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG