17 November 2010

Autumn 2010


Semalam balik dari sekolah fathnin ajak ketaman dekat dengan rumah ita ni. Mitsuzawa park jadi tengok cuaca pun elok jadi bawa la fathnin dan fateh ke taman selepas call papa minta izin keluar. Ita ni memang bukan jenis rajin keluar rumah sebenarnya.. kalau jalan jauh2 tu suka la tapi kalau keluar rumah dekat ni atau saja lepak2 luar rumah memang kurang sikit.. Kalau kat Malaysia pun begitu keluar rumah sekadar siram pokok bunga yang nampak kering dan nak ambik surat yang lain tu lepas balik kerja ke terus duk dalam rumah.. kalau orang tak faham tentu kata sombong ye tak...




Sekarang ni musim luruh (autumn) memang cantik permandangan di jepun ni.. Sejak balik dari Korea belum sempat berjalan untuk ambil angin lagi sebab banyak urusan kerja papa dan urusan lain yang dibuat bila ada kelapangan tak sempat nak ke taman untuk melihat daun merah. Di Jepun bila musim luruh je mula la ambil gambar daun yang bertukar2 warna sebalum ia gugur dan tinggal batang pokok je. Di mitsuzawa park ni daun dah mula gugur dan permandangan pokok nya biasa je.. sebab cari juga pokok momiji (maple) tapi tak de... waktu pergi taman tu adik nampak seronok sangat sebab dapat ke taman tapi tengah jalan je dia tidur sebab sedap agak nya ditolak dalam stroller sambil angin sejuk yang meniup. jadi kurang la sikit excited kakak nak main sebab tak de kawan. main pun sekejap je pastu main di taman kecil yang dekat dengan rumah plak.




14 Comments:

  1. kew_chop said...
    alala best tido fateh sampai terlentok camtu. sejuk2 camni memang best dok dlm selimut. hihi nak2 kalo ujan renyai2 camni memang kompem dok umah jekla..
    Juwita Jamaludin said...
    tula murni akak ni pun malas tul nak keluar keluar pun ambil fathnin dari sekolah je huhuhuh.. sian anak2 ku
    ijayuji said...
    Salam kak ita! selamat menyambut aidiladha buat akak sekeluarga!! kita pun sama jer kak kalau tak iya iya mmg org akn ingat kita sombong tp bukan sombong kdg tu malas nak kuar umah tanpa suami, nak beli brg2 walaupun supa dekat pun malasssssssssssnyerrrrrrrrrrrr :D
    Intan Suhana Mohamad Rahim said...
    salam kak, selamat hari raya. betul la ckp akak tu. sy part kuar rumah pn malas, byk dok terperuk kt rumah je. kalo jln jauh2 kite yg terlebih xcited hehe...
    Asmara said...
    Ita, kat sini banyak pokok dah tinggal ranting je. lagi pulak selalu hujan nih. Sekarang malas nak jalan keluar sejuk sangat dah Ita, suhu bawah 10 je nih. byk duk dlm rumah, membesarkn badan lagi la jwabnye. hehe..
    aitotyati said...
    lps blk keje mmg ddk kt dlm umah je - sy pn mcm tu kak. loteh le

    hihihihih
    cucu nenek di liverpool said...
    ita, jepun ni byk tempat cantik2la kan. Mcm syok je tgk gambar2 yg ita post. bilala nak merasa gi jepun nih?
    Juwita Jamaludin said...
    ika.. sama la dengan akak.. tambah kat nihon ni akak tak de kereta lagi bercinta.. hihhihi..

    intan jalan jauh2 tentu l seronok ye tak.. hihihi
    Juwita Jamaludin said...
    as.. memang as sini pun sejuk dah rasa winter plak.. hihihih kalau ita kat sana lagi la duk dlam selimut je agaknya

    tul ti kalau kerja letih pun ye.. baik hadap TV atau internet ye.. ihihii
    Juwita Jamaludin said...
    kakpi.. meh la datang sini tapi tu la umah jepun ni kecik sangat kak.. nak menumpang pun takut tak sanggup hhuhuhhu.. memang kat sini ita rasa cantik2 permandangannya tambah autumn dengan spring
    Anonymous said...
    waa bestnyer....
    Ina said...
    salam kak ita. selamat hari raya aidiladha. sama la ina pun x suka keluar smpi anak2 pun bkurung dlm rmh jerk. walhal ada taman pmainan btl2 kat depan rmh. tu pun jarang2 aje ank dpt pi ctu.
    Pija Madzlan said...
    oh...kasiyyan nya dia terlentok begitu sekali :))
    Juwita Jamaludin said...
    to sumpit.. biasa je .. malaysia lagi best..

    mok long.. tula kadangtakut juga orang kata asyik tak keluar2 rumah ye tak.. hihi tapi nak buat macam mana lebih suka duk dalam rumah..

    sitisifir.. memang stroller tu gitu kepalanya tak la lentok sangat ada penyendal tu dalam gambar nampak terlentok sangat

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG