Tahniah sekiranya anda baru melahirkan anak @ mempunyai anak-anak kecil di sekeliling anda. Sudah pasti saat inilah saat yang paling manis kerana anak-anak sentiasa di samping kita serta gelak tawa, tangis dan kecomelan mereka menjadi penghibur hati. Memang itulah lumrah manusia. Cinta dan kasih pada anak. Rasulullah S.A.W. sendiri sangat kasih dan sayang kepada anak-anak.
Daripada Abdullah bin Amir r.a. berkata: Rasulullah pernah datang ke rumah kami dan aku pada masa itu masih kecil. Ketika aku pergi tiba-tiba ibu memanggilku: "Mari sini aku nak beri engkau sesuatu." Maka Rasulullah (S.A.W.) pun bertanya: "Apa yang nak kau berikan padanya?" Ibu berkata: "Tamar". Sabda Rasulullah: "Kalau engkau tidak memberinya nescaya ditulis bagimu satu dosa menipu."
Cuba hayati sirah di atas betul-betul. Kadang-kadang sering berlaku bila anak-anak kecil kita meragam atau nak sesuatu di shopping complex contohnya, kita cepat-cepat tarik tangannya dan beritahu "Ok, nanti mak beli coklat @ nanti kat rumah mak bagi aiskrim @ lain-lain janji" sekadar untuk memujuk anak. Tetapi ingatlah janji itu perlu ditunaikan :)
Di sini saya nak kongsikan bersama Wasiat Al-Munzir bin Al-Munzir untuk anaknya Al-Nu'man:
Daripada al-Mada'eni menyebut al-Munzir berkata pada anaknya ketika dia menyerang Ghassan (Ghassan ialah kerajaan Arab yang terletak di Syam yang berpihak pada Rom) di Syam:
1. Elakkan dirimu daripada menjauhi kawan-kawan yang baik dan daripada ilmu-ilmu yang lucu.
2. Jauhilah daripada sikap berjinak-jinak dengan raja-raja dan berlawak dengan orang-orang bodoh.
3. Biasakanlah diri dengan menyendiri. Selalulah bangun pada waktu malam, pakailah pakaian yang keras (tidak lembut sangat). Pakaian adalah yang menyempurnakan dirimu dan yang menjaga kehormatanmu.
4. Sifat malu adalah sifat baik yang pertama yang perlu ada dalam dirimu. Adakanlah ia dalam dirimu. Tawaduklah (rendah diri). Janganlah tertipu dengan harta-hartamu.
5. Diam dalam perkara yang tidak penting bagimu adalah lebih baik. Jika engkau terpaksa berkata-kata, berkatalah dengan benar dan ringkas. Engkau akan selamat.
Sesungguhnya, disebalik kegembiraan dikurniakan cahaya mata itu tergantung pada kedua ibu bapanya satu bebanan tanggungjawab yang sangat berat. Salah didikan maka menyimpanglah dia & kita akan dipertanggunjawabkan. Hari ini, ramai cenderung anak-anaknya mengikut idol yang tak sepatutnya. Maka tumbuhlah bercambah-cambah Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mari berdansa dan pelbagai lagi rancangan-rancangan hiburan. Budaya Hedonism nampaknya di ketengahkan agar manusia alpa dan lupa pada pencipta-NYA. Lihat sahaja rancangan Tom Tom Bak terbitan Astro. Didikan yang diberikan di situ cukup merisaukan hati ibu bapa yang peka. Bak kata pepatah Melayu kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jadi, mulakanlah langkah pertama:) Saat anak lahir sahaja maka doakanlah dia. Atau jika ada anak-anak sekarangpun bagus diamalkan. Bacakanlah doa dan tiupkanlah ke ubun-ubunnya. Jika sukar dilakukan masa dia berjaga, laksanakanlah ketika tidur. Kita berdoa agar dia tidak digelincirkan oleh syaitan kelak. Juga bagus untuk mendoakan bayi rakan-rakan, sahabat handai dan saudara ketika menziarah mereka yang baru melahirkan anak. Rasanya, inilah 'hadiah' yang lebih bermakna berbanding baju, bedak dan pakaian-pakaian bayi tu. So, cubalah hafal kerana doanya pendek dan mudah diingati. Bersama-sama ini saya sertakan keratan gambar doa tersebut.
Sumber: Anakku Hebat Anakku Soleh
http://www.telagabiru.net.my/index/koleksi-buku-ustaz-zahazan-mohamed/koleksi-buku-ustaz-zahazan-mohamed-10-t-2.html
Labels: Doa Bayi Baru Lahir