16 February 2009

Aktiviti hari ini

Lately ni, banyak dapat kawan-kawan melalui alam maya ni... mostly yang tinggal kat jepun la.. but area lain.. Rata-rata tengok semua yang tinggal jauh dari bumi Malaysia ni terpaksa berdikari dan terus jadi pandai itu dan ini.. ita pun fikir macam tu.. sejak tinggal kat jepun ni.. macam-macam yang ita buat dan tahu masak karipap la, pizza la berbagai resepi nak cuba ( malas nak post dalam entry takut nanti ade yang terliur..hehehhe ) tapi kalau kat M'sia jarang sekali buat.. mana taknya rasa tak cukup masa je.. sebab kerja.. siapa kata jadi surirumah ni tak penat... penat la jugak.. tapi rasa best sangat jadi surirumah kat jepun ni ( hehheh.. setakat ni la..) rasa happy sebab tak tension kerja dengan terkejar-kejar nak buat kerja rumah.. urusan anak-anak dan suami pun lebih terjaga.. dan boleh buat apa yang terfikir kalau semua kerja rumah dan anak-anak siap.. contohnya sekarang ni... anak-anak tengah tidur so sempat la nak menaip ke apa ke kalau kat m'sia tak sempat punya...tapi itu terpulang pada pandangan masing-masing kalau pandai uruskan masa mungkin semua perkara jadi sempat... tapi ita bukan orang yang sebegitu.. hari ini tugas dari pagi macam biasa.. masak awal kul 3 pagi sebab papa puasa.. so masak simple je ayam masak merah dengan bihun... dah siap masak dengan uruskan makan minum papa and after subuh ita tidur balik... ngantuk ..bangun je siapkan anak2 sambil papa siap2 pergi univ... dah siap semua g sidai baju sambil tengok pokok yang baru beli semalam... anak-anak main dalam "playground" sambil ita sidai baju..seronok tengok bunga-bunga kat sini... geram rasa.. tapi malas nak beli banyak sebab takut membazir... so papa kata beli sikit dulu sebagai percubaan.. heheh lagi satu masalahnya nak mengangkut tu... mencabar naik bukit kat rumah kami ni...








Dah siap semua kerja rumah.. bagi anak2 makan.. so menu hari ini sup ikan bersama kentang dan carrot.. fathnin ni suka buah-buahan jadi sebelum dia minta baik ita potong siap-siap buah untuk dia...so hari ni dia makan 3 jenis buah strawberry, kiwi dengan oren...



Dah abis makan semua tiba la waktu belajar fathnin.. kat jepun ni ita dah mula mengajar fathnin.. minggu lepas kelas menulis ABC so minggu ni nak start ajar kelas KIA2M fathnin.. so mengajar anak sendiri ni memang mencabar... kanak2 umur 3 tahun lebih memamg tengah banyak bertanya... so tanya itu ini.. kadang2 ita rasa susahnya jadi cikgu untuk anak sendiri ni..( walaupun ita ni cikgu tak sama ajar budak kecik dengan ajar budak sekolah menengah ni).. tambahan anak sendiri... kesian kat fathnin sebenarnya.. papa decide tak hantar fathnin sekolah kat jepun ni.. banyak faktor sebenarnya.so ita la yang kena ambil tugas tu ajar fathnin sambi ita pun dah bawa banyak bahan untuk dia belajar kat rumah.. belum abis belajar pun.. fathnin dah tertido.. fathnin ni jenis yang kuat belajar.. macam papa dia.. tapi tu la kadang2 cepat bosan atau merasakan cd yang ita pasangkan untuk dia hanya sekadar hiburan bukan pelajaran yang patut dimbil dan dipraktikkan.. yela mungkin anak ita ni belum matang lagi mungkin.. ita doakan moga fathnin dan fateh akan membesar dengan sihat dan bijak dan jadi pelajar dan muslim yang cemerlang suatu hari nanti..amin..

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    ITa dan Fariz,

    Salam kenal daripada Ira dan Yin, Kodaira.

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG