16 February 2009

brownies oh brownies..


Hari ni teringin plak nak makan kek.. tetiba je teringat secret recipies kat malaysia... so try la browse kalau ada resepi kek yang senang... ita cari pun tempat rujukan resepi ku iaitu myr.com..so jumpa la resepi ni.. memang senang... boleh cuba lagi nanti...ini resepi dari kak yani

Bahan-bahan ( 20x20 cm )
70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko
55g walnuts- potong kecil-kecil
1 bar coklat

Cara-cara
1.Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
3.Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
4.Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
5.Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
6.Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
7.Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
8.Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
9.Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

2 Comments:

  1. Fatin Helmi said...
    uhuhu.. rajin ita.. tanak pos ke beijing sikit ker? mesti dah lama abis dah nih..
    Juwita Jamaludin said...
    hahahha.. tak la rajin sebenarnya.. cuma nak try resepi kat MYR.com tu.. trliur tgk..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG